NAMA bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Azmeer Yusof terus menjadi sebutan penyokong bola sepak tanah air.
Ia berikutan selepas sebelum ini Azmeer pernah mendedahkan pengalaman buruk semasa menjadi mangsa buli ketika menjadi pemain muda.
Azmeer mendedahkan bahawa dia pernah dipulaukan oleh rakan-rakan sehinggakan terpaksa melakukan segalanya sendirian.
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, Azmeer turut tidak bersetuju dengan sikap segelintir kaum wanita yang bergelar isteri.
"Hari ini isteri menjadi nusyuz kerana memasukkan gambar-gambarnya dalam sosial media dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna.
"Tidak cukup dengan itu, mereka menari di hadapan kamera untuk ditayangkan kepada semua," tulisnya di Facebook.
BACA LAGI : Fans seberang jadi suspek batu api, sengaja cetus isu rasis pecah belah Harimau Malaya
Tangkap layar memaparkan hantaran Azmeer di laman Facebooknya.
BACA LAGI : Pahang belum puas belanja sakan, dengar-dengar adik Dickson Nwakaeme rekrut seterusnya
Menurut Islam, nusyuz adalah satu istilah atau pengertian yang merujuk kepada keengganan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak.
Susulan hantaran tersebut, rata-rata para suami bersetuju dengan kenyataan yang ditulis oleh bekas pemain Sang Kenari dan Kuala Lumpur (KL) City FC itu.
"Tapi suami sekarang banyak yang sporting, isteri paling suka suami sporting, akhirnya jadi dayus," kata Osman Umbro.
"Syukur ada orang suarakan dan tegur akhirnya," kata Khairunnas Adanan.
"Saya setuju dengan kenyataan ini, sebagai suami atau lelaki, selagi ada kesedaran dan iman, sampaikanlah walaupun dengan teguran dan nasihat untuk kebaikan, terima kasih tuan bagi yang menyangkal, istifigarlah," kata Fadhz Hasan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram