Terus cemerlang dengan Sabah, tonggak Sang Garuda pelawa Saddil pulang ke Indonesia


  • Podium
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Saddil merupakan salah seorang import paling konsisten sejak menyertai Liga Super tiga tahun lalu. — Facebook/Sabah FC

PENYERANG sayap Sabah FC, Saddil Ramdani merupakan antara import terbaik dari Indonesia yang pernah mewarnai saingan Liga Super.

Dia yang beraksi bersama skuad Sang Badak sejak 2021 sering memberikan aksi terbaik buat pasukan itu, terutamanya ketika membawa mereka ke Piala AFC 2023.

Tetapi, prestasi itu gagal diteruskan setiap kali pemain berusia 25 tahun tersebut menyarung jersi Sang Garuda apabila dia beberapa kali dikritik media luar negara.

Selain bergelut dalam membantu jentera serangan pasukan, kecederaan dan masalah kecergasan sering mengganggu Saddil, termasuk ketika menghadapi saingan Piala Asia.

BACA LAGI: Kim Swee ada senjata rahsia, ketiadaan Saddil Ramdani bukan penghalang

library_upload_21_2022_09_996x664_saddil-ramdani_1559af1

Kecemerlangan Saddil gagal diteruskan bersama skuad kebangsaan Indonesia. — Agensi

Penyokong Indonesia pasti berang akan hal tersebut dengan rata-rata daripada mereka berasakan pemain itu perlu kembali ke negara kelahirannya untuk menyemai semangat patriotik dalam dirinya.

Dorongan tersebut turut diluahkan rakan sepasukannya dalam skuad Sang Garuda, Stefano Lilipaly yang mengalu-alukan tonggak Sabah FC itu untuk mewarnai saingan Liga Indonesia.

Malah, pemain berdarah kacukan Indonesia-Belanda itu secara terbuka mengajak Saddil untuk menyertai kelabnya, Borneo FC yang kini mendahului dengan empat perlawanan berbaki.

"Saya mengalu-alukan jika dia menyertai kelab ini. Dia pemain yang bagus dan luar biasa. Ia juga bagus untuk suasana dalam pasukan," katanya menerusi akaun YouTube Borneo FC.

BACA LAGI: Tersenarai playmaker terbaik AFC, fans Indonesia desak Saddil Ramdani segera tinggalkan Sabah

2058254

Lilipaly pasti teruja untuk melihat Saddil menyertai Borneo FC. Agensi

Kedua-dua pemain berkenaan tidak beraksi dalam pasukan yang sama, namun pernah beberapa kali beraksi buat Indonesia selepas Lilipaly mencipta debut pada 2016.

Seruan itu pasti membuatkan Saddil berfikir-fikir untuk menerima tawaran sedemikian meskipun dia difahamkan sudah disahkan kekal di Sabah FC sehingga 2025.

Sebelum beraksi buat skuad Sang Badak, Saddil pernah menyertai dua kelab Liga Indonesia yang lain iaitu Persela Lamongan dan Bhayangkara selain pernah bermain semusim untuk Sri Pahang FC.

Kelincahan dan ketenangan dalam situasi bola mati merupakan antara sebab pemain berkenaan sering diangkat dengan beberapa pasukan difahamkan berminat dengan khidmatnya.

Sepanjang tiga musim beraksi buat skuad Sang Badak, pemain kelahiran Raha, Indonesia itu sudah merekodkan 14 gol sepanjang 52 penampilan dalam kesemua kejohanan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram