Belum sampai Perak lagi, tapi import Seladang siap-siap 'follow' 2 tulang belakang TBG


  • Podium
  • Jumaat, 12 Apr 2024

Wilmar Jordan semakin hampir untuk menyertai Perak.

KELAB Liga Super, Perak FC sepertinya semakin hampir untuk mendapatkan pemain import baharu bagi menguatkan cabaran mereka musim ini.

Selepas berjaya membawa pemain seperti Adilet Kanybekov, Perak dijangka akan membawa pemain baharu iaitu Wilmar Jordan.

Nama Jordan sudah dikaitkan dengan The Bos Gaurus sejak beberapa bulan yang lalu dengan penyerang berusia 33 tahun itu kini sedang bermain untuk kelab India iaitu Punjab FC.

Khabar angin itu lenyap seketika tetapi ia kembali membara selepas Jordan dikatakan begitu hampir untuk menyertai Perak.

Hal ini dapat disaksikan, hubungan antara Jordan dengan kelab itu sudah mula terbit apabila penyerang dari Colombia itu sudah mula mengikuti beberapa orang penting Perak di media sosial.

Jordan dilihat telah menekan butang follow di Instagram dengan dia telah mengikuti pengendali Perak iaitu Yusri Che Lah serta ketua pasukan iaitu Luciano Guaycochea.

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara gagal catat 'clean sheet', Safuwan Baharudin pernah kena maki depan-depan

WhatsApp Image 2024-04-12 at 13.12.56

Jordan sudah mengikuti Yusri dan Guaycochea di Instagram. — Instagram/@wilmar.jordan

BACA LAGI: Saya yang main, kenapa libatkan ayah saya? — Allee Putra

Lazimnya, apabila pemain dari pasukan lain sudah bertindak sedemikian, ia akan memberi petanda dia akan menyertai kelab baharu dalam masa terdekat.

Jika benar itu berlaku, pastinya hanya akan menanti masa saja untuk pengumuman dilakukan oleh Perak sebagai pengesahan kehadiran Jordan ke Malaysia.

Sebagai rekod, Jordan telah melakukan 15 penampilan untuk Punjab dalam saingan Indian Super League dengan dia telah menghasilkan lapan gol serta satu bantuan jaringan.

Melihat kepada rekod itu, boleh dikatakan Jordan mempunyai ketajaman yang baik untuk mencari jaringan dan dia mampu untuk memimpin barisan serangan Perak musim ini.

Kehadiran Jordan dilihat penting kerana faktor pengalamannya dapat memberi nilai tambah kepada Perak yang dianggap sebagai pasukan dibarisi oleh pemain muda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram