Dibayar wang pampasan sertai skuad Piala Thomas, Zii Jia tekad tak mahu kecewakan Malaysia


  • Podium
  • Jumaat, 12 Apr 2024

Zii Jia bakal menjadi taruhan utama Malaysia dalam acara perseorangan Piala Thomas. — THE STAR/IZZRAFIQ ALIAS

PEMAIN badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mencipta sejarah apabila menjadi bintang badminton Malaysia pertama dibayar oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyertai skuad kebangsaan.

Semua ini berlaku selepas Zii Jia dipanggil oleh BAM untuk mewakili Malaysia dalam saingan Piala Thomas yang akan diadakan pada 28 April hingga 5 Mei 2024 di China.

Situasi pembayaran tersebut berlaku selepas Zii Jia yang merupakan pemain profesional yang bukan di bawah seliaan BAM, mengalami pertindihan dari segi penajaan.

Hal ini kerana, Zii Jia menerusi TeamLZJ dan BAM mempunyai penaja berbeza dan itu memerlukan jalan penyelesaian diambil bagi memastikan tiada pencanggahan berlaku.

BACA LAGI: Akibat kecederaan, kapten Harimau Muda tersisih ke Piala Asia B-23

Malaysia's Lee Zii Jia celebrates after winning Denmark's Victor Axelsen during the men's final match of the All England Open Badminton Championships at the Utilita Arena in Birmingham, England, Sunday March 21, 2021. (AP Photo/Rui Vieira)

Zii Jia bakal menerima pampasan kerana memakai jersi skuad kebangsaan di Piala Thomas. — Agensi

BACA LAGI: Ada hikmah tiada kelab dan cedera, Nazirul Naim gembira berniaga sambil raya, tenang bersama keluarga

Oleh itu, BAM mengambil inisiatif untuk membayar pampasan kepada Zii Jia yang akan menyarung jersi kebangsaan sama dengan wakil Malaysia lain yang terpampang para penaja persatuan itu dan bukannya TeamLZJ di Piala Thomas kelak.

"Zii Jia begitu komited untuk bermain buat negaranya dan pampasan itu perlu supaya dia boleh menyarung jersi kebangsaan yang tertera logo para penaja komersial kami," kata Ketua Pentadbiran BAM, Michelle Chai.

"Zii Jia bukanlah sebahagian daripada BAM dan kami perlu menjadi adil kepadanya. Sebelum ini, kami tidak pernah lakukan perkara ini dan saya percaya ia adalah keputusan terbaik untuk dilakukan buat kedua-dua pihak."

Pemain perseorangan itu dijangka bakal menjadi pilihan pertama Malaysia apabila beraksi di Piala Thomas kelak dengan Zii Jia pastinya menjadi sandaran meraih pingat emas di Sukan Olimpik 2024 dekat Paris juga.

Dia menyatakan secara terbuka keterujaannya dapat mewakili Malaysia dan ingin memberikan persembahan yang terbaik buat semua penyokong.

"Terima kasih kerana mempercayai saya, lapan abjad negara kesayangan saya (Malaysia) adalah lebih berat daripada lima abjad nama saya (Zii Jia) pada jersi (yang dipakai)," ulas Zii Jia.

BAM menamakan lima pemain perseorangan negara untuk Piala Thomas kali ini. Selain Zii Jia, mereka turut memanggil Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh. — THE STAR/RAJES PAUL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram