Kena jaga pemakanan, juadah sedap Aidilfitri menduga duo bintang Selangor Women


  • Podium
  • Khamis, 11 Apr 2024

Selangor FC Women merupakan antara pencebar terbaik dalam saingan Liga Super Wanita FAS musim ini. — Instagram/Selangor FC Women

SAMBUTAN Aidilfitri menyaksikan pelbagai juadah tradisional dihidangkan, seperti rendang dan ketupat yang pasti sukar ditolak sesiapa sahaja.

Ia pasti menjadi cabaran untuk sesiapa yang mahu mengekalkan gaya pemakanan sihat untuk terus cergas, termasuk dalam kalangan atlet.

Situasi berkenaan turut dihadapi pemain bola sepak yang perlu memastikan kecergasan terjaga dengan pengambilan diet seimbang merupakan kunci utama.

Perkara itu turut diakui dua tonggak Selangor Women, Eva Olivianie dan Ainsyah Murad yang faham bahawa mereka perlu peka akan pengambilan makanan ketika sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun, bagi mereka, bantuan sering diberikan pihak kejurulatihan kelab dalam misi memastikan kecergasan mereka berada di tahap terbaik selepas musim perayaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Gaduh semata-mata hadiah RM1,200 di Kuantan, pemain futsal terpaksa beraya dengan mata lebam

719503

Kepelbagaian juadah ketika Aidilfitri sukar ditolak sesiapa sahaja.

Eva yang merupakan bek kanan skuad Gergasi Merah menjelaskan kesedaran masih perlu ada dalam dirinya, lebih-lebih lagi dalam mengawal kuantiti makanan diambil.

"Ketika beraya, saya selalu mencari kuih kegemaran, iaitu tart nanas dan lemang. Tetapi, saya hanya makan dalam kuantiti sedikit kerana risau akan berat badan.

"Sebagai pemain, saya perlu menjaga berat badan dan kawal pemakanan kerana setiap bulan, kami akan jalani ujian ketebalan lipatan kulit (antropometri), berat badan dan tahap lemak dalam badan," katanya kepada Majoriti.

Meskipun tidak meraikan Aidilfitri, pemain berasal dari Tambunan, Sabah itu masih cuba berpuasa ketika Ramadan lalu dengan dia cukup teruja akan ibadah berkenaan.

Jelasnya, halangan daripada makan ataupun minum tidak menghalangnya untuk memberikan yang terbaik setiap kali sesi latihan bersama Selangor Women FC.

BACA LAGI: Sujud Aidilfitri buah tangan Aidilfitri Search, simbolik muhasabah dan kemaafan sejati

Happy Birthday Eva Olivianie! May your special day be filled with joy, good vibes, and unforgettable memories!  #SFC #MKLK#BreakTheGlassCeiling

Eva tidak merasai perbezaan ketara ketika menjalani latihan semasa berpuasa. Instagram/Selangor FC Women

"Pada saya, cabaran ketika berpuasa adalah untuk menahan lapar kerana saya perlukan tenaga sepanjang hari. Untuk sahur pula, kadang-kadang saya makan berat dan ada kalanya saya hanya minum sahaja," katanya.

Sementara itu, Ainsyah turut menegaskan pasukan Lembah Klang berkenaan turut memberikan bantuan untuk membolehkannya menjaga pemakanan sepanjang sambutan Aidilfitri.

"Alin akan masih menikmati juadah seperti kebiasaan, cuma saya hanya akan mengawal jumlah diambil. Selangor FC juga ada sediakan rancangan pemakanan untuk kami seimbangkan diet pada masa sama," katanya.

Tambahnya, dia yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Semenanjung teruja dengan perbezaan perayaan yang disambut berdasarkan latar belakang kaum masing-masing.

Sesi pemanasan badan sebelum sepak mula perlawanan Piala FA Wanita 2024 malam ini  #MKLK#KitaSelangor#InspireInclusion#BreakTheGlassCeiling

Ainsyah menjadi tonggak utama dalam jentera serangan skuad Gergasi Merah. Instagram/Selangor FC Women

Dia yang pernah beraksi untuk skuad futsal negara pernah menikmati karier cukup baik dalam sukan itu apabila meraih pingat gangsa dalam Sukan SEA 2021.

Tetapi, sejak menceburi sukan lain, dia tidak berdepan masalah apabila sudah memainkan peranan penting buat Selangor FC Women dengan berada di kedudukan teratas carta bantuan gol dalam liga.

"Dalam sukan bola sepak, Alin nak capai lebih daripada pingat gangsa. Namun, jika tidak kesampaian, sekurang-kurangnya saya nak cuba berada di kedudukan lebih baik," katanya.

Setakat ini, skuad kendalian Osmera Omaro tersebut berada di tangga kelima Liga Super Wanita FAS selepas mengutip empat mata daripada tiga perlawanan.

Dalam saingan Piala FA Wanita pula, mereka kini berentap di pentas separuh akhir dengan mereka akan berdepan pencabar utama, MBSJ FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram