Tersenarai playmaker terbaik AFC, fans Indonesia desak Saddil Ramdani segera tinggalkan Sabah


  • Podium
  • Selasa, 02 Apr 2024

Musim 2024/2025 merupakan tahun keempat Saddil (depan) bersama Sabah FC. — Instagram/SaddilRamdani

PENYERANG sayap Sabah FC, Saddil Ramdani tersenarai sebagai perancang terbaik Piala Konferasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas dia mencipta sebanyak 23 peluang buat skuad The Rhinos dalam kejohanan berkenaan pada musim 2023.

Pemain kebangsaan Indonesia itu menghuni kedudukan kedua sebagai playmaker terbaik kejohanan Asia itu dengan tempat pertama diraih oleh Kayrat Zhyrgalbek Uulu yang menghidang 26 peluang buat kelab Kyrgyzstan, FK Abdish-Ata Kant.

Statistik berkenaan menunjukkan pemain berusia 25 tahun sentiasa memberikan persembahan terbaiknya dengan berusaha untuk melorongkan bola ke kotak penalti untuk mencipta peluang buat skuad Sang Badak.

Selain menjalankan tugas yang baik sebagai perancang pasukan, Saddil juga membuat enam hantaran bantuan dalam enam perlawanan Piala AFC yang dia diturunkan dalam saingan Piala AFC itu.

BACA LAGI: Ledak gol lawan India, penyerang muda Perak perlu diberi kepercayaan kemudi barisan hadapan TBG

WhatsApp Image 2024-04-02 at 13.55.59

Saddil diiktiraf antara perancang terbaik Piala AFC. — Facebook/PialaAFC

BACA LAGI: Sense of belonging fans Selangor dipuji penyokong Sri Pahang

Malah, kehilangannya dalam separuh akhir Piala AFC Zon Asean juga sangat dirasai sehingga meranapkan impian Sabah untuk melangkah ke final apabila disingkirkan wakil Australia, Macarthur FC, dengan keputusan 3-0 pada Februari lalu.

Penghargaan yang diberikan pihak AFC kepada Saddil itu membuatkan para penyokong Indonesia mencadangkan sekali lagi agar pemain lincah berkenaan untuk beraksi di saingan Liga Jepun ataupun Korea Selatan.

Bagi mereka, pemain dengan ketinggian 1.72 meter berkenaan perlu beraksi di liga yang lebih berkualiti bagi memberikannya peluang untuk beraksi dengan skuad kendalian Shin Tae-yong.

Pengendali skuad kebangsaan Indonesia itu lebih gemar untuk mengambil pemain yang beraksi di liga luar daripada Asia Tenggara seperti Pratama Arhan dan Asnawi Mangkualam yang sebelum ini bersama Jeonnam Dragons.

Untuk rekod, kali terakhir Saddil beraksi bersama Indonesia ketika aksi persahabatan menentang Libya. Namanya digugurkan pada saat-saat akhir sebelum Piala Asia 2023 bermula di Qatar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram