Selagi Agong, Raja Melayu tak ajak ke arah kemungkaran, rakyat wajib doakan mereka


  • Mukmin
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Umat Islam wajib mendoakan pemerintah selagi mana mereka tidak mengajak kepada sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. — Gambar hiasan

UMAT Islam wajib mendoakan pemerintah selagi mana mereka tidak mengajak kepada sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam, kata Penasihat Agama Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar.

Beliau berkata sedemikian bagi mengulas isu mengenai satu hantaran di media sosial berhubung keengganan seorang individu untuk mengaminkan doa buat Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja Melayu.

Individu terbabit, Hezry Yasin secara terbuka di media sosial menerangkan mengenai keengganannya untuk mengaminkan doa buat YDPA dan sultan semasa menunaikan solat Jumaat di Johor baru-baru ini.

"Saat baca doa selepas khutbah kedua, saya menadahkan tangan. Namun ketika doa buat sultan dan keluarga, saya menurunkan tangan.

"Dan kembali menadahkan tangan selepas selesai doa buat mereka (doa buat rakyat Islam). Saya tahu ada juga yang seperti saya," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bagaimanapun hantaran tersebut dipadam, namun tangkap layar status berkenaan dimuat naik semula oleh individu lain di Twitter.

BACA LAGI: 'Terpaksa potong semula kain sampai dua kali', Siti Syazwani bangga mampu cipta baju kebaya songket versi miniatur

WhatsApp Image 2024-04-13 at 2.35.35 PM

Hantaran tular di media sosial mengenai keengganan untuk mendoakan sultan.

BACA LAGI: Rekaan 'puzzle' cetus minat, jurutera telekomunikasi sanggup masuk lebih 80 bank buru koleksi sampul raya

Hezry Yasin turut berkata bahawa doanya hanyalah untuk pemimpin yang meletakkan agama Islam sebagai nombor pertama.

"Pada saya, doa saya untuk pemimpin yang meletakkan agama nombor satu. Perjuangkan dan pertahankan Islam apatah lagi apabila Islam diancam.

"Bukan diam dan biarkan rakyat marhaen pula yang beriya pertahankan sehingga dikecam, diperli dan ditertawakan," katanya lagi dalam hantaran tersebut.

553

Tuan Asmawi berkata, seseorang tidak mempunyai hak untuk menidakkan seorang sultan sebagai Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa).

Mengulas lanjut berhubung soal itu, Tuan Asmawi berkata, seseorang tidak mempunyai hak untuk menidakkan seorang sultan sebagai Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa).

"Selagi mana mereka tidak menyuruh kepada perkara-perkara mungkar, kita (rakyat) perlu taat.

"Kecuali kalau pemerintah kata tak wajib keluar zakat, jangan solat barulah kita wajib bertindak sesuatu," katanya kepada Majoriti.

Memetik firman ALLAH SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. (Surah al-Nisa’:59).

Malah, Tuan Asmawi turut mengingatkan semula bahawa YDPA merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

"Kita tak perlu berasa kita terlalu suci. Selagi mana mereka letak Islam agama tertinggi, kita tiada hak nak menentang.

"Ini ketua agama pula itu. Kita tidak perlu mencampuri urusan pemerintah tersebut. Setiap umat Islam memiliki pertimbangan lain dengan ALLAH. Sama seperti sultan dan diri kita," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram