SIKAP seseorang yang mementingkan diri merupakan antara punca utama sesebuah hubungan boleh retak, lebih-lebih lagi selepas pasangan masing-masing sudah tidak lagi dapat menahan sabar.
Namun, terdapat juga kejadian yang mana pasangan ditinggalkan tanpa sebarang sebab munasabah sehingga menyebabkan pihak yang terkesan tergantung sepi.
Itulah nasib yang dialami legenda bola sepak dunia, Ricardo Izecson dos Santos Liete atau lebih dikenali sebagai Kaka ketika ditinggalkan bekas isterinya, Caroline Celico pada 2015.
Bekas pemain AC Milan dan Real Madrid itu sememangnya dikenali dengan personaliti sebagai seorang yang baik hati dan hidup berpaksikan agama.
BACA LAGI: [VIDEO] Liga Arab Saudi lebih baik berbanding Ligue 1 — Cristiano Ronaldo
Celico (kiri) melabel Kaka sebagai seseorang yang terlalu sempurna. — Agensi
Karakter itu bukan sahaja ditunjukkan di atas padang kerana bekas rakan sepasukan, seperti Alexandre Pato pernah memuji teladan baik dipamerkannya.
Tetapi, ciri-ciri baik tersebut seakan-akan sukar diterima Celico yang mengambil keputusan meninggalkannya kerana tidak tahan akan personaliti Kaka.
Dalam satu pendedahan baru-baru ini, wanita berusia 36 tahun berkenaan menceritakan bahawa pemenang Anugerah Ballon d'Or itu cukup sempurna.
"Kaka tidak pernah mengkhianati saya, dia sering melayani saya dengan baik. Dia berikan saya hidup yang indah, tetapi saya tidak gembira kerana ada sesuatu kurang memuaskan," katanya.
BACA LAGI: Lebih baik jika kita tak dapatkan semula Cristiano Ronaldo — Ole
Kaka merupakan salah seorang pemain terbaik dalam generasinya. — Agensi
Perasaan itu akhirnya membuatkan hubungan 10 tahun mereka retak dengan masing-masing kini sudah membangunkan keluarga sendiri dengan pasangan pilihan.
Kaka kembali mendirikan rumahtangga bersama Carolina Batista sementara bekas pasangannya tersebut mengahwini Eduardo Scarpa dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Sepanjang kariernya, pemain antarabangsa Brazil itu pernah meraih pelbagai gelaran, termasuk menjuarai Piala Dunia 2002 dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2007.
Kini, dia yang sudah berusia 41 tahun tidak lagi beraksi secara profesional selepas mengumumkan persaraannya akibat masalah kecederaan pada 2017. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram