PEMAIN baharu Perak FC, Azfar Fikri Azhar mengharapkan yang babak seterusnya dalam karier bola sepak akan memberikan lebih banyak kegemilangan buat dirinya.
Azfar memilih untuk meninggalkan Terengganu FC II (TFC II) supaya menyertai Perak dengan harapan akan dapat mengembangkan kariernya.
Pemain yang dikenali sebagai Kaka itu benar-benar berharap yang dia akan cemerlang di bawah kendalian Yusri Che Lah.
"Seronok apabila berada di persekitaran baharu untuk bolehkan saya mencabar diri saya.
"Saya sedar yang saya kena berusaha keras untuk dapatkan minit di padang, tapi itulah yang saya berniat untuk lakukan," ujar Azfar.
Azfar Fikri Azhar antara pemain yang mewakili skuad Harimau Muda. — Agensi
Musim ini, bakat Azfar tidak begitu menyerlah di peringkat tertinggi apabila dia cuma melakukan penampilan buat TFC II dalam saingan Piala MFL.
Akan tetapi, Azfar dilihat memainkan peranan penting dalam skuad kendalian Hairuddin Omar dalam usaha memberikan kejuaraan.
Dia cuma melakukan satu penampilan buat Terengganu dalam saingan Liga Super.
Dalam masa yang sama, Azfar turut teruja menjadi sebahagian daripada projek pembangunan Perak yang diketuai oleh Yusri.
"Kelab ini secara perlahan-lahan dibina semula dan sasaran mereka kini dalam proses menjadi lima, enam kelab terbaik di Liga Super dan melakukan dengan lebih baik berbanding apa yang dicapai pada tahun ini.
"Jurulatih mahukan perkara tersebut dan itulah yang saya ingin berikan," kata Azfar.
Azfar merupakan sebahagian daripada dua rekrut terawal Perak untuk musim depan. Selain Azfar, Perak turut mendapatkan Tommy Mawat Bada dari Negeri Sembilan FC. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram