KANCAH bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita bekas pertahanan skuad kebangsaan, Muslim Ahmad memilih untuk melupakan seketika sukan tersebut bagi menyertai bidang baharu.
Bekas pertahanan Sri Pahang FC itu memilih untuk menceburi bidang sukan tempur menerusi acara Muay Thai. Malah, dia mencuri tumpuan apabila mempamerkan beberapa rakaman sedang giat berlatih untuk memastikan kemenangannya dalam pertarungan.
Muslim sebelum ini dilaporkan akan menentang seorang peserta dari Perlis iaitu Atingkpek dalam satu pertarungan istimewa dalam kejohanan T-Fight yang diadakan dekat Padang Serai, Kedah.
Apa yang menariknya, walaupun dianggap masih 'hijau' dalam sukan tempur, tetapi Muslim tidak mengecewakan apabila berjaya menewaskan Atingpek dalam aksi tersebut.
Juara Piala AFF 2010 bersama Harimau Malaya itu berjaya menewaskan Atingpek dengan penuh bergaya apabila dia berjaya memperoleh kemenangan menerusi technical knockout atau TKO.
Pertarungan tersebut berlangsung kurang daripada dua minit apabila Muslim pada mulanya menendang Atingpek ke sehingga jatuh tumbang ke lantai gelanggang.
Atingpek mula bangkit lalu cuba untuk memberikan saingan. Sebaik saja pertarungan diteruskan, Muslim terus memberikan satu gerakan bergaya untuk menamatkan terus perjuangan Atingpek.
BACA LAGI: Dilepaskan Sri Pahang, Muslim Ahmad tukar angin sertai sukan Muay Thai?
BACA LAGI: [VIDEO] YouTuber acah-acah pro hampir patahkan kaki Kaka ketika aksi friendly
Muslim turut melakukan gerakan penuh gaya apabila dia melutut Atingpek sehingga jatuh tumbang di tepi gelanggang. Gerakan tersebut mendapat sorakan penonton yang hadir menyaksikan pertarungan tersebut.
Pada mulanya, Atingpek cuba bangkit balik untuk memberikan saingan namun keadaannya tidak berapa baik dan kemudiannya menyebabkan dia tidak mampu untuk meneruskan pertarungan.
Gerakan tersebut menjadi punca Muslim berjaya menewaskan Atingpek sekali gus memenangi pertarungan tersebut dengan bergaya.
Walaupun berjaya melakukan dengan dalam sukan tempur, tetapi pertahanan berusia 34 tahun itu masih belum dapat melupakan sukan bola sepak.
Muslim masih berharap akan dapat menyertai mana-mana kelab untuk saingan musim baharu Liga Super 2024/2025. Ketika ini, dia tidak dikaitkan dengan mana-mana kelab. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram