Kaka jatuh cinta dengan gameplay Perak masa jumpa JDT


  • Podium
  • Rabu, 21 Feb 2024

Azfar Fikri (kanan) antara pemain baharu yang akan membantu memperkasakan Perak FC musim baharu ini. — Facebook/Perak FC

JATUH cinta dengan corak permainan pasukan Perak FC antara faktor utama pemain tengah baharu The Bos Gaurus (TBG), Azfar Fikri Azhar sanggup meninggalkan Terengganu musim ini.

Pemain yang mesra dipanggil Kaka itu pernah memperkasakan skuad bawah 23 Tahun (B-23) negara dan kini berharap penghijrahan itu mampu menerbitkan lebih banyak kegemilangan buat dirinya terutama di pentas Liga Super, lapor Stadium Astro.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Azfar Fikir berkongsi bahawa dia tidak meragukan apa-apa ketika membuat keputusan untuk menyertai skuad TBG.

BACA LAGI: Contohi TFC, 3 nama peledak lokal termasuk 'header' JDT boleh dipinjam ke Perak

AZFAR 2

Azfar Fikri berharap Perak akan membantu mengembangkan kariernya. — Facebook/Perak FC

BACA LAGI: Selain tunggu 3 import, Perak dedah hampir dapatkan 'keeper' JDT

"Selepas kontrak saya bersama Terengganu tamat, saya tanyakan kepada ejen saya jika ada tawaran daripada pasukan lain.

"Dan dia memberitahu saya ada tawaran daripada Perak, jadi saya terus memberikan persetujuan kepadanya tanpa berfikir panjang.

"Kerana kita dapat lihat cara permainan Perak sewaktu separuh akhir (Piala Malaysia). Memang saya tertarik.

"Saya lihat corak permainan mereka lawan JDT (Johor Darul Takzim) memang sangat cantik dan saya gemarkan cara (ketua jurulatih) Yusri Che Lah membentuk pemain muda.

"Jadi, saya rasa ia merupakan peluang saya untuk menaikkan lagi nama saya," kata pemain berusia 24 tahun itu.

Pada saingan musim 2023, bakat Azfar Fikri tidak begitu menyerlah di peringkat tertinggi apabila dia cuma melakukan penampilan buat TFC II dalam saingan Piala MFL dan diturunkan dalam satu aksi Liga Super.

Azfar Fikri bagaimanapun dilihat memainkan peranan penting dalam skuad kendalian Hairuddin Omar dalam usaha memberikan kejuaraan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram