SEPANJANG terlibat dalam dunia bola sepak, Tunku Ismail Idris sering berpeluang bertemu bintang sukan itu setiap kali mengambil masa ke luar negara.
Antara nama-nama besar yang pernah ditemuinya ialah dua penyerang legenda global, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang pasti menjadi impian peminat lain.
Selain itu, pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) tersebut pernah berjumpa dengan bekas bek tengah Barcelona dan Sepanyol, Gerard Pique di Stadium Sultan Ibrahim, Johor beberapa tahun lalu.
Pertemuan berkenaan pernah menimbulkan khabar angin bahawa pemain terbabit berminat untuk menyertai skuad Harimau Selatan ketika dia berada di penghujung kariernya.
BACA LAGI: Tiada orang boleh buat apa JDT buat kerana hanya ada satu sahaja TMJ'
TMJ (kiri) dan Pique mempunyai hubungan baik selepas pernah bertemu beberapa kali.
Baru-baru ini, Tunku Ismail dan Pique membuktikan hubungan baik mereka menerusi satu komunikasi ringkas di ruangan komen pemilik jaguh Liga Super itu.
Dalam satu hantaran baru-baru ini, dia yang lebih sinonim dengan panggilan Tunku Mahkota Johor itu kelihatan berpakaian putih dengan logo Real Madrid di belakangnya.
"Tidak lama lagi, mengapa memilih untuk kesederhanaan?" tulisnya menerusi kapsyen.
Hantaran terbabit kemudiannya menarik perhatian Pique yang sememangnya diketahui akan permusuhan dengan skuad Los Blancos kerana beraksi bertahun-tahun bersama Barcelona.
BACA LAGI: Bukan keeper Itali atau Sepanyol, tapi bekas penjaga gol EPL yang sudah ‘follow’ TMJ
Tunku Ismail kelihatan menyarung baju berserta logo Real Madrid. — Instagram/hrhcrownprinceofjohor
"'WTF' komen pemenang Piala Dunia 2010 itu dengan nada bergurau memandangkan Tunku Ismail pernah menyatakan sokongannya terhadap Barcelona sebelum ini.
Meskipun kata-kata berkenaan dianggap satu 'carutan', ia sedikit sebanyak menunjukkan hubungan baik antara kedua-dua bintang dalam dunia bola sepak.
"Apabila anda menjadi presiden, kita akan berbincang. Jumpa anda tidak lama lagi," kata Tunku Ismail sebagai respons terhadap komen Pique itu.
JDT dilaporkan akan bersedia untuk meneruskan sesi pramusim mereka di Eropah dengan Sepanyol dan Portugal difahamkan menjadi destinasi pasukan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram