Kelibat Azam Azmi beri petanda baik


  • Podium
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Sesi latihan skuad Sang Penyu menjelang pembukaan Liga Malaysia Mei nanti. — Facebook/TFC

KELIBAT tonggak Terengganu FC (TFC), Azam Azmi Murad dalam sesi latihan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu pastinya memberi kelegaan kepada penyokong Sang Penyu.

Terdahulu Azam Azmi terpaksa diketepikan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kerana mengalami kecederaan lutut sekali gus tidak dapat membantu pasukan kebangsaan pada kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 26 Mac lalu.

Kecederaan yang menyaksikan Azam Azmi terpaksa memakai pelindung kaki dan bertongkat menimbulkan kebimbangan jika pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

WhatsApp Image 2024-04-13 at 13.45.52 (1)

Kelibat Azam Azmi dalam sesi latihan bersama pasukan Terengganu pastinya memberi kelegaan kepada penyokong Sang Penyu. — Facebook/TFC

Bagaimanapun, kemunculan Azam Azmi bersama pasukan TFC dalam sesi latihan pastinya memberi berita gembira buat penyokong Sang Penyu yang ternanti-nantikan aksinya di atas padang.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong amat gembira dengan kemunculan pemain pertahanan Harimau Malaya itu.

Meskipun belum sembuh sepenuhnya namun bagi penyokong Sang Penyu, mereka berasakan kehadiran Azam Azmi itu memberi sinar kepada pasukan Terengganu.

"Dah boleh turun latihan ringan, itu pun petanda baik, ingatkan perlu pembedahan dah dia punya injury hari tu," kata Mohd Redzuan Mohd Noor.

"Kena guna tangan saja training, kaki injured lagi, terbaiklah Azam Azmi," kata Amir Bazli.

"Ada peningkatan dah ni, petanda baik untuk pasukan Terengganyu," kata Mohd Daham. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram