Bukan keeper Itali atau Sepanyol, tapi bekas penjaga gol EPL yang sudah ‘follow’ TMJ


  • Podium
  • Rabu, 10 Apr 2024

Etheridge merupakan seorang penjaga gol berpengalaman. — Facebook/JDT

MISTERI penjaga gol bertopeng yang diperkenalkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika memperkenalkan jersi baharu untuk penjaga gol pasukan bagi mengharungi musim 2024/2025 masih mengundang persoalan penyokong.

Dalam video tersebut, Ahmad Syihan Hazmi dan Farizal Marlias segak memakai jersi baharu selaku watak penting bagi mempertahankan pintu gawang Harimau Selatan daripada dibolosi musim depan.

Menarik dalam video perkongsian berkenaan, tumpuan pastinya diberi kepada kehadiran seorang individu yang 'bertopeng' dalam video tersebut dengan rata-rata penyokong mendakwa lelaki misteri itu merupakan pemain baharu JDT.

Sejak itu, pelbagai nama dikaitkan dengan Harimau Selatan dan antara yang masih menjadi buah mulut penyokong ialah penjaga gol kebangsaan Filipina, Neil Etheridge; Marco Silvestri, pemain dari Udinese Caclio di Itali dan bekas penjaga gawang Atletico Madrid. Sergio Asenjo.

BACA LAGI: [VIDEO] Identiti penjaga gol bertopeng JDT cetus tanda tanya, GK Filipina jadi sebutan

WhatsApp Image 2024-04-10 at 17.43.32

Tangkap layar Etheridge mengikuti TMJ di laman Instagram.

BACA LAGI: : Misteri GK bertopeng terungkai? Kelibat penjaga gol Itali dikesan saksikan JDT benam Lion City Sailors

Selepas berhari-hari meneka, misteri jejaka bertopeng berkenaan semakin menemui jawapannya selepas salah seorang daripada mereka dikesan sudah mengikuti pemilik JDT, Tunku Ismail yang lebih sinonim dengan panggilan TMJ di laman Instagram.

Pemain dimaksudkan ialah Etheridge yang berpengalaman di Eropah sebelum ini dan dikenali ketika beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Cardiff City pasti dikehendaki JDT musim depan.

Etheridge merupakan seorang penjaga gol berpengalaman dan pernah bermain untuk England di peringkat bawah 16 tahun.

Di peringkat senior, penjaga gawang Birmingham itu mewakili Filipina sejak 2008 dan masih memegang takhtanya sebagai penjaga gol nombor satu skuad Malditas walaupun sudah menjangkau usia 34 tahun.

Dengan kini JDT banyak bergantung harap kepada Syihan Hazmi untuk menjadi benteng terakhir, Harimau Selatan pasti memerlukan seorang yang memiliki rekod cukup baik untuk menjadi pemain sandaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram