Fans seberang jadi suspek batu api, sengaja cetus isu rasis pecah belah Harimau Malaya


  • Podium
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Sebahagian sesi latihan skuad B-23 kebangsaan menjelang kempen Piala Asia 2023 di Qatar.— Facebook/FAM

KEMPEN Piala Asia Bawah 23 (B-23) Tahun 2024 yang akan berlangsung di Doha, Qatar tidak lama lagi akan membuka tirainya pada 17 April.

Skuad Harimau Muda kendalian Juan Torres Garrido pastinya sudah cukup bersedia untuk mengharungi saingan dalam Kumpulan D dengan akan berdepan Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Meskipun begitu, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab didakwa cuba untuk melunturkan semangat skuad B-23 kebangsaan dalam meraih keputusan positif di bumi Qatar nanti.

BACA LAGI: Lama tunggu Wilmar Jordan, adakah Perak akan alami nasib seperti JDT, Selangor?

WhatsApp Image 2024-04-13 at 08.38.08

T. Saravanan (kanan) menjadi mangsa rasisme penyokong negara jiran. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Pahang belum puas belanja sakan, dengar-dengar adik Dickson Nwakaeme rekrut seterusnya

Ia menerusi perkongsian pemerhati sukan, T.Avineshwaran di laman sosialnya yang tidak berpuas hati apabila nama Malaysia dijadikan bahan jenaka sebagai Malaydesh dalam ruangan komen di akaun rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ia selepas komen yang ditulis itu dilihat bersifat rasis dengan perbezaan warna kulit penyerang sayap muda kebangsaan, T. Saravanan dijadikan bahan jenaka.

"Saya telah melihat komen seperti ini selama berbulan-bulan. Ada yang kata dari seberang, ada yang kata cyber troopers dan ada yang kata troll, tapi hakikatnya individu ini melakukan kekejaman, negara dicemuh," tulisnya di X.

Susulan isu tersebut, terdapat beberapa warga Malaysia yang mendakwa bahawa komen seperti itu sering ditulis oleh penyokong Indonesia.

"Komen macam ni selalunya negara Indonesia yang tulis," kata @quayuh.

"Benda macam ni bukan Malaysia yang buat, mana ada Malaysia yang suka dengan panggilan Malaydesh, ni semua Konoha yang buat," kata @hiddenhmy.

"Geng-geng negara Konoha insecure lah yang komen macam tu, negara yang baru menang dengan Vietnam dah acah-acah macam menang World Cup," kata @Free2run88. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram