Carragher hentam Liverpool, desak Klopp lupakan Liga Europa


  • Podium
  • Jumaat, 12 Apr 2024

Liverpool pastinya kecewa dengan kekalahan mengejut dialami kepada Atalanta di laman sendiri. — Agensi

PASUKAN pilihan dalam saingan Liga Europa UEFA (UEL) musim ini, Liverpool mengalami kekalahan mengejut ketika menerima kunjungan kelab Itali, Atalanta BC pada Jumaat di peringkat suku akhir.

Dua gol daripada Gianluca Scamacca dan Mario Pasalic menyaksikan The Reds tewas 0-3 dengan agregat itu pasti sukar untuk diatasi di tempat lawan selepas ini.

Meskipun skuad kendalian Jurgen Klopp itu dikenali dengan semangat tidak pernah putus, jadual padat akan mendesak mereka mencari pendekatan terbaik memasuki penghujung musim.

Hal itu turut diluahkan legenda kelab, Jamie Carragher yang jelas kecewa akan kekalahan terbabit kerana ia sedikit sebanyak menyukarkan hasrat untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

"Keputusan dan persembahan yang teruk daripada Liverpool. Satu-satunya hikmah mengenai kekalahan teruk ini adalah Klopp akan menurunkan skuad kedua pada aksi timbal balik dan fokus terhadap liga," katanya menerusi satu ciapan di laman X.

BACA LAGI: [VIDEO] Legenda Liverpool 'hentam' Odegaard gara-gara gaya melampau rai kemenangan

afp_en_64e18c57d23bfbdc24ab24e11473d6eeb23adffd

Carragher mahu Liverpool memberi fokus terhadap saingan EPL. — Agensi

BACA LAGI: Legenda Liverpool akui 'cemburu' kebangkitan Manchester United

Skuad The Reds diangkat sebagai pilihan dalam UEL musim ini kerana mempunyai rekod cukup baik dalam Kumpulan E dan sepanjang peringkat kalah mati.

Tetapi, kekalahan itu bakal menyukarkan hasrat mereka untuk meraih kejuaraan UEL keempat dalam sejarah kelab serta trofi kedua bagi musim 2023/24.

Selain berentap di pentas Eropah, Liverpool juga sedang mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (UEL) dengan mereka kini berada di tangga kedua dengan hanya perbezaan mata membezakan mereka berbanding pendahulu, Arsenal.

Jadi, ia boleh dikatakan peluang terbaik buat Klopp menjulang trofi kedua pada musim terakhirnya bersama The Reds selepas hampir sembilan tahun menyumbang khidmat buat kelab itu.

Mereka bakal berdepan Crystal Palace dalam aksi ke-32 liga pada Ahad sebelum berkunjung ke Itali bagi aksi timbal balik UEL menentang Atalanta pada 19 April. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram