[VIDEO] Legenda Liverpool 'hentam' Odegaard gara-gara gaya melampau rai kemenangan


  • Podium
  • Isnin, 05 Feb 2024

Odegaard kelihatan bersuka ria bersama sebuah kamera selepas membantu The Gunners mengumpul tiga mata penuh di laman sendiri.

BEKAS pertahanan Liverpool, Jamie Carragher menyelar tindakan kapten Arsenal, Martin Odegaard yang dengan sengaja meraikan kemenangan skuad The Gunners secara berlebihan pada awal pagi Isnin.

Carragher yang kini merupakan pengulas terkenal bola sepak mengatakan pemain tengah itu perlu memasuki bilik persalinan dengan segera bagi menikmatinya bersama rakan sepasukan.

"Anda patutnya bergegas bersama rakan-rakan kerana anda baru sahaja mencatatkan tiga mata cukup penting. Kemenangan tersebut juga membantu anda kembali ke landasan untuk menjuarai liga," katanya selepas perlawanan.

Berdasarkan video yang tular, pemain antarabangsa Norway terbabit didapati meraikan kejayaan itu dengan meluangkan masa bersama jurugambar pasukan, Stuart Macfarlane bersama penyokong Arsenal.

BACA LAGI: [VIDEO] Dipukul ubi Liverpool, penyerang MU berdarah Malaysia tenang malukan The Reds

BACA LAGI: [VIDEO] Jurgen Klopp sah tinggalkan Liverpool hujung musim

Kemenangan itu sememangnya cukup penting dalam kempen The Gunners musim ini apabila ia membantu mereka merapatkan jurang dengan pasukan bimbingan Jurgen Klopp selepas 23 perlawanan.

Melihat kepada tangga semasa Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal kini hanya dibezakan dua mata dengan Liverpool dengan prestasi lebih baik akan membantu mereka terus memberi tekanan kepada pendahulu liga itu.

Dalam aksi di Stadium Emirates, London, skuad kendalian Mikel Arteta menundukkan Liverpool dengan keputusan 3-1 menerusi jaringan Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard.

Meskipun pasukan pelawat cuba merapatkan jurang menerusi gol sendiri Gabriel pada penghujung babak pertama permainan, kecemerlangan tuan rumah membolehkan mereka meraih kemenangan penting itu.

Arsenal selepas ini bakal berdepan West Ham United pada Ahad di tempat lawan sementara skuad The Reds akan menerima kunjungan Burnley pada Sabtu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram