BINTANG bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sentiasa menjadi perhatian. Ke mana saja dia pergi, pasti akan menjadi tumpuan semua pihak.
Lazimnya, dia akan menerima tumpuan kerana perkara yang positif, namun begitu Ronaldo terpalit dalam kontroversi yang berlaku akibat perbuatannya sendiri.
Semua ini terjadi ketika dia bersama kelabnya iaitu Al-Nassr, bertemu Al-Hilal di peringkat separuh akhir Piala Super Saudi pada Selasa.
Dalam perlawanan tersebut, kekalahan memihak Al-Nassr apabila mereka tewas 1-2 sekali gus gagal ke perlawanan akhir.
Selepas memboloskan dua gol oleh Salem Al-Dawsari dan Malcom, peluang untuk Al-Nassr kembali semakin kecil apabila tiba babak akhir permainan.
BACA LAGI: Liverpool sedia lepaskan Salah, 2 kelab Saudi sedia berebut buru Egyptian King
— Out Of Context Football (@nocontextfooty) April 9, 2024
BACA LAGI: Syamer Kutty, Nazmi Faiz disebut sertai kelab Utara tapi Kuching City sedia 'hijack deal'
Ketika itu, mental Ronaldo mungkin sudah 'koyak' kerana gagal mendapatkan kemenangan lalu dia bertindak ganas dengan menyerang pihak lawan.
Ronaldo dilihat menyiku pemain Al-Hilal, Ali Al-Bulayhi di bahagian dada dan mukanya. Tindakan ganas pemain itu telah menerima hukuman daripada pihak pengadil yang menyemak semula menerusi Video Assistant Referee (VAR).
Selepas menyemak menerusi sistem VAR, pengadil perlawanan bertindak memberikan kad merah kepada Ronaldo. Keputusan itu nyata tidak disenangi pemain sayap legenda itu.
Barangkali masih lagi bengang dengan keputusan pengadil itu, Ronaldo kemudiannya bertindak hampir memberikan penumbuk kepada pegawai perlawanan disebabkan tidak berpuas hati seperti dalam video yang tular di media sosial.
Mujur tumbukan itu tidak dilepaskan tepat ke arah pengadil kerana jika ia berlaku pasti tindakan lebih berat menanti pemain tersebut.
Usai dibuang padang, Al-Nassr berhasil mendapatkan gol oleh Sadio Mane namun ia tidak cukup untuk menghalang mereka daripada tunduk kepada Al-Hilal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram