Akibat kecederaan, kapten Harimau Muda tersisih ke Piala Asia B-23


  • Podium
  • Jumaat, 12 Apr 2024

Aiman Afif (tengah) terlepas tempat ke Piala Asia B-23. — FAM

MALANG itu jelas tidak berbau, dan ia telah menimpa kepada pemain muda negara yang terlepas untuk beraksi di Qatar dalam saingan Piala Asia B-23.

Hal ini kerana, nama ketua pasukan Harimau Muda iaitu Aiman Afif terpaksa disisihkan daripada kejohanan tersebut akibat kecederaan dialaminya ketika mengharungi empat perlawanan persahabatan sebelum pertandingan bermula.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengendali pasukan iaitu Juan Torres Garrido selepas tamat perlawanan menentang Qatar pada 8 April yang lalu.

Garrido mengesahkan yang Aiman, pemain Kedah Darul Aman FC disahkan tidak akan menyertai Piala Asia B-23. Ia disahkan sendiri oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila mereka telah mengeluarkan senarai akhir 23 pemain ke kejohanan tersebut.

Ketiadaan Aiman bakal menyaksikan Garrido perlu mencongak strategi baharu untuk menguatkan lagi barisan tengah dan serangan Malaysia apabila beraksi di Qatar kelak.

BACA LAGI: Saya yang main, kenapa libatkan ayah saya? — Allee Putra

BACA LAGI: Hampir pulang semula ke Selangor, sedekad lalu Safee Sali tak kesampaian ke Gergasi Merah

Pengaruh Aiman dalam pasukan amatlah penting kerana dia adalah seorang pemain yang boleh beraksi dia bahagian tengah serta serangan.

Tambahan pula, Aiman merupakan ketua pasukan bagi skuad Harimau Muda. Sudah pasti, ciri kepimpinan yang ada pada Aiman akan dirindui oleh rakan sepasukan di padang.

Disebabkan itu, Garrido perlu memilih ketua pasukan baharu untuk mengetuai Malaysia di Qatar kelak. Berkemungkinan, pemain-pemain seperti Mukhairi Ajmal, Ubaidullah Shamsul serta Harith Haiqal boleh mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Aiman.

Berikut merupakan senarai penuh 23 pemain Malaysia ke Piala Asia B-23:

Penjaga gol

  • Sikh Izhan Nazrel
  • Azim Al-Amin
  • Firdaus Irman

Pertahanan

  • Aiman Yusni
  • Ubaidullah Shamsul
  • Harith Haiqal
  • Zikri Khalili
  • Safwan Mazlan
  • Azrin Afiq
  • Saiful Jamaluddin

Pemain tengah

  • Muhammad Khalil
  • Najmudin Akmal
  • Mukhairi Ajmal
  • Nooa Laine
  • Umar Hakeem
  • Syahir Bashah
  • Daryl Sham

Penyerang

  • Luqman Hakim
  • T. Saravanan
  • Izwan Yuslan
  • Alif Zikri
  • Fergus Tierney
  • Haqimi Azim

Malaysia bakal berdepan Uzbekistan, Kuwait serta Vietnam dalam aksi peringkat kumpulan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram