Mahu hargai legenda, JDT ingin bawa pulang bintang Singapura


  • Podium
  • Khamis, 11 Apr 2024

Kontrak Hariss Harun bersama Lion City Sailors akan tamat tahun ini. — Lion City Sailors

SEJAK muncul dalam bola sepak Malaysia pada 2013, Johor Darul Ta'zim (JDT) telah membawa beberapa pemain yang berasal dari Singapura untuk menguatkan skuad mereka.

Nama-nama seperti Baikhakki Khaizan serta Shahril Ishak antara warga Temasik yang pernah beraksi untuk JDT.

Selain itu, nama legenda iaitu Fandi Ahmad merupakan antara pengendali awal yang mengemudi Harimau Selatan.

Namun begitu, ada satu nama yang berjaya kekal lama di JDT dan menjadi nadi kejayaan kelab tersebut di peringkat domestik serta Asia. Nama tersebut adalah Hariss Harun.

Ketua pasukan Singapura itu kini tidak lagi bersama-sama JDT selepas meninggalkan kelab itu pada 2021 dengan menyertai Lion City Sailors (LCS).

BACA LAGI: Hariss Harun kembali ke SSI, kali ini pegang watak 'antagonis'

2612510

Hariss adalah pemain Singapura paling berjaya dalam sejarah JDT. — JOHOR Southern Tigers

BACA LAGI: FIFA tarik balik sekatan, bintang tersisih Pahang dan Perak wajar jadi buruan isi posisi tenat Kedah

Namun begitu, pemain tersebut mungkin akan kembali semula ke pangkuan JDT bagi menguatkan lagi Harimau Selatan bagi mengharungi musim 2024/2025.

JDT dikhabarkan berminat untuk membalas jasa yang diberikan Hariss kepada kelab tersebut dengan ingin menawarkan posisi barisan kejurulatihan kepadanya. Buat masa ini, Hariss dilaporkan sedang menjalani kursus kejurulatihan.

Melihat kepada situas ini, jika tawaran itu diterima, Hariss berkemungkinan akan meninggalkan LCS selepas kontrak tiga tahunnya tamat dan terus menyertai JDT sebagai barisan kejurulatihan mereka.

Ia sekali gus akan menamatkan kariernya sebagai pemain serta dia akan meninggalkan skuad kebangsaan Singapura pada usia 33 tahun.

Hariss bakal menyertai bekas pemain JDT iaitu Aidil Zafuan yang kini telah bersama-sama barisan kejurulatihan kelab tersebut selepas bersara pada musim lalu.

Dengan pengalaman meraih pelbagai trofi di bersama JDT, pastinya Hariss dapat menurunkan ilmunya bagi memastikan Harimau Selatan terus berbisa dalam kancah bola sepak negara.

Selain itu, ia dapat dilihat yang JDT mempunyai perancangan jangka panjang dengan melihat kelompok barisan pemain mereka akan menerajui pasukan pada masa depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram