KELAB English Premier League (EPL), Liverpool dikatakan bersedia untuk berpisah dengan ayam tambatan mereka iaitu Mohamed Salah pada akhir musim ini.
Salah yang menjadi bintang utama The Reds sejak menyertai kelab itu dijangka bakal meninggalkan juara 20 kali EPL tersebut dengan Asia bakal menjadi destinasi seterusnya.
Sebelum ini, bintang Mesir itu dikejar oleh kelab Arab Saudi iaitu Al-Ittihad namun begitu perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan. Namun begitu, kelab Saudi tersebut bersedia untuk mendapatkan Salah.
Malah, apa yang lebih menarik, Liverpool kini bersedia untuk mendengar sebarang tawaran yang bersesuaian daripada kelab Saudi tersebut yang masih belum mengalah bagi mendapatkan pemain sayap itu.
Al-Ittihad dikatakan bersedia untuk mendapatkan Salah yang hanya tinggal 12 bulan dalam kontraknya bersama-sama Liverpool. Usaha ini cukup signifikan buat kelab tersebut kerana jika berjaya mendapatkan Salah, Al-Ittihad dapat menyakinkan ketua pasukan, Karim Benzema untuk kekal di Saudi.
BACA LAGI: Syamer Kutty, Nazmi Faiz disebut sertai kelab Utara tapi Kuching City sedia 'hijack deal'
Salah menjaringkan gol ketika Liverpool berdepan Manchester United di Old Trafford. — Agensi
BACA LAGI: Tan Cheng Hoe seolah-olah tak belajar kesilapan 7 tahun lepas
Namun begitu, usaha untuk mendapatkan Salah kali ini bukannya mudah. Walaupun Liverpool dikatakan bersedia untuk melepaskan Salah, tetapi Al-Ittihad berdepan saingan daripada seteru mereka iaitu Al-Hilal untuk mendapatkan pemain tersebut.
Al-Hilal yang dianggotai oleh pemain Brazil, Neymar juga dilihat berminat untuk membawa masuk Salah sekali gus menguatkan cabaran mereka berdepan kelab-kelab seperti Al-Ittihad serta Al-Nassr.
Walaupun Liverpool kini dilihat bersedia melepaskan Salah, tetapi potensi untuk semuanya berubah mungkin boleh terjadi kerana seandainya pengurus baharu yang menggantikan Jurgen Klopp mahukan pemain itu kekal maka dia harus setia bersama The Reds.
Ketika ini, calon paling kuat untuk mengisi jawatan tersebut adalah pengendali Sporting Lisbon iaitu Ruben Amorim. Liverpool dikatakan telah menawarkan kontrak untuk pengurus muda itu menggantikan Klopp pada musim depan.
Amorim dikatakan bersedia untuk menyertai Liverpool namun begitu tiada sebarang kata putus yang rasmi diberikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram