Syamer Kutty, Nazmi Faiz disebut sertai kelab Utara tapi Kuching City sedia 'hijack deal'


  • Podium
  • Selasa, 09 Apr 2024

Syamer mahu mencari minit permainan yang lebih pada musim 2024/2025. — JOHOR Southern Tigers

PERSAINGAN nyata sengit dalam kalangan pemain di Johor Darul Ta'zim (JDT). Umum mengetahui yang mereka dibarisi dengan ramai pemain berstatus bintang.

Status bintang itu dapat dilihat di pelbagai posisi baik dari penjaga gol hinggalah ke penyerang. Oleh kerana hanya ada 11 tempat saja untuk dimiliki setiap perlawanan, pasti akan ada yang tercicir daripada senarai.

Disebabkan berlakunya persaingan sengit, terdapat segelintir pemain yang terpaksa disisihkan daripada skuad dan tidak menjadi pilihan utama jurulatih.

Salah satu nama yang terperangkap dalam situasi itu adalah Syamer Kutty Abba. Pemain tengah bertahan itu sememangnya mempunyai kualiti tinggi untuk menjadi jeneral di tengah padang.

Dia sering menjadi pilihan untuk diletakkan di kesebelasan utama setiap kali Harimau Selatan beraksi. Namun begitu, kecederaan yang menimpa pemain tersebut telah membuatkan minit permainanya terhad dan terpaksa disisihkan.

Akan tetapi, situasi tersebut dijangka berubah kerana Syamer dijangka akan meninggalkan JDT untuk menyertai kelab baharu pada musim ini.

BACA LAGI: Sambut Aidilfitri di Selangor, Noor Al-Rawabdeh idam nasi lemak rendang daging di pagi raya

434713104_988764725952837_7085824669005270216_n

Syamer dijangka akan keluar daripada JDT musim ini. — JOHOR Southern Tigers

BACA LAGI: Tan Cheng Hoe seolah-olah tak belajar kesilapan 7 tahun lepas

Pemain Harimau Malaya itu dijangka akan 'terbang' ke Utara Malaysia dengan potensi kembali bersama kelab lamanya iaitu Penang FC boleh menjadi nyata.

Syamer dikatakan hampir pasti untuk menyertai Penang pada musim ini untuk membantu Akmal Rizal mencabar kelab-kelab lain dalam Liga Super. Namun begitu, belum dapat dipastikan sama ada dia akan kembali sebagai pemain tetap atau sekadar pinjaman.

Walaupun perpindahan tersebut dilihat semakin pasti untuk berlaku, namun Penang masih lagi ada pesaing yang mahu mencabar sekali gus mendapatkan khidmat Syamer.

Kelab dari Sarawak, Kuching City FC dikatakan bersedia untuk menyambar Syamer sekali gus menafikan peluang Harimau Kumbang untuk membawa pulang anak watan mereka ke Pulau Mutiara.

Peluang Syamer untuk keluar daripada JDT dilihat terbuka dan itu juga boleh menyaksikan pemain lain turut mampu melakukannya jika bertemu kelab yang sesuai.

Pemain seperti Nazmi Fazi Mansor misalnya, boleh cuba mendapatkan minit di tempat lain dengan beraksi bersama mana-mana kelab Liga Super yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Namun begitu, dengan masih tiada perkhabaran mengenainya, berkemungkinan Nazmi akan kekal saja di JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram