Hariss Harun kembali ke SSI, kali ini pegang watak 'antagonis'


  • Podium
  • Selasa, 26 Mac 2024

Hariss kembali membuat perhitungan bersama bekas pasukannya, JDT.

SELEPAS sudah berpisah dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2021, pemain tengah Singapura iaitu Hariss Harun dijangka akan kembali ke pangkuan kelab itu.

Namun begitu, kepulangannya tidaklah sebagai pemain JDT, sebaliknya sebagai bintang kelab Singapura, Lion City Sailors (LCS).

Hal ini kerana, Hariss dan LCS akan turun menentang JDT pada April ini dalam siri perlawanan persahabatan menjelang sepak mula musim baharu Liga Super.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh The Sailors, kelab itu akan menentang JDT sebanyak dua kali pada 4 dan 8 April ini. Perlawanan pertama akan diadakan di laman mereka iaitu Stadium Bishan.

BACA LAGI: Sumbat lebih 50 gol, skuad remaja JDT gegar Kota Singa

253253091_4709615979098730_282610567410489508_n

Hariss kini merupakan ketua pasukan LCS. — LCS

Empat hari kemudian bakal menjadi detik kepulangan Hariss ke bumi Johor apabila dia dan rakan-rakan LCS akan turun beraksi di Stadium Sultan Ibrahim.

"The Sailors akan menentang gergasi Malaysia, Johor Darul Ta'zim dalam dua perlawanan persahabatan pada bulan April sebagai persediaan untuk S-League musim 2024/2025.

"Kedua-dua perlawanan ini akan menguatkan lagi ikatan hubungan antara kedua-dua kelab dengan kerjasama sudah pun berjalan di peringkat remaja menerusi pelbagai perlawanan persahabatan diadakan," kata LCS dalam kenyataan mereka.

BACA LAGI: Bantu Selangor harungi musim panjang, Nidzam Jamil buru 2 pembantu gred Asia

Tarikh 8 April itu pastinya signifikan buat Hariss yang akan kembali ke SSI sebagai pemain LCS. Sepanjang tempohnya bersama JDT, Hariss memainkan peranan penting untuk meraih kejayaan buat Harimau Selatan.

Sepanjang bersama-sama JDT, Hariss mencatatkan kejayaan meraih enam gelaran Liga Super, satu Piala FA, dua Piala Malaysia serta gelaran Piala AFC.

Malah dia turut pernah merangkul gelaran Liga Super bersama-sama LionsXII sebelum berpindah ke JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram