Kedah boleh tersenyum, dapat 'green light' untuk daftar pemain baharu


  • Podium
  • Rabu, 10 Apr 2024

Ujian demi ujian sebelum ini terpaksa dihadapi skuad Sang Kenari menjelang musim baharu. — Facbeook/KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC akhirnya mampu menarik nafas lega selepas hasrat mereka untuk menandatangani pemain baharu sudah diluluskan FIFA.

Dalam satu pengumuman di laman Facebook kelab, mereka sudah menerima surat pengesahan daripada badan induk bola sepak dunia itu bahawa sekatan perpindahan dialami sudah ditarik semula.

"Pihak pengurusan menegaskan, isu ini berbangkit kerana aspek teknikal yang boleh dielakkan sejak awal dan pihak pengurusan sudah menyelesaikan tuntutan bekas pemain pasukan Kedah musim 2020 dan 2021.

"Selaras dengan persiapan musim ini, pengesahan ini membolehkan pihak kelab membuat pendaftaran pemain baharu bagi saingan musim 2024/25," katanya.

Sebelum ini, Kedah dikenakan hukuman kerana kegagalan pihak pengurusan untuk menyelesaikan tunggakan gaji bekas penyerang, Tchetche Kipre.

BACA LAGI: Fans Hijau Kuning yakin Baddrol tak lupa tugas hakiki lepas dilantik pengurus KDA FC B

434730108_461078216273361_82401575768507012_n

Surat daripada FIFA mengesahkan Kedah boleh mendaftar pemain baharu. — Facbeook/KDA FC

BACA LAGI: KL City dah selesai, kes FIFA KDA FC apa cerita?

Bagaimanapun, menurut penjelasan kelab, masalah itu timbul berikutan isu teknikal dengan pengumuman baharu itu sekali gus membolehkan mereka mendafatarkan pemain baharu.

"Selaras dengan persiapan musim ini, pengesahan ini membolehkan pihak kelab membuat pendaftaran pemain baharu bagi saingan musim 2024/25," tulisnya lagi.

Sepanjang jendela perpindahan kali ini, skuad Sang Kenari sudah membawa masuk beberapa pemain, seperti Rizal Ghazali dan Syafiq Ahmad.

Mereka turut menyambar khidmat import baharu, termasuk penyerang kelahiran Serbia, Milos Gordic dan bekas kapten skuad Sang Penyu, Habib Haroon.

Bagaimanapun, KDA FC masih berdepan hukuman daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang mengenakan denda dan pemotongan mata berikutan isu tunggakan gaji pemain musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram