ISU pendaftaran pemain baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC yang menyaksikan kelab itu dikenakan sekatan perpindahan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), akhirnya terjawab apabila pihak pengurusan Sang Kenari tampil memperjelaskan kemelut yang berlaku.
Sebelum ini, kancah bola sepak tempatan kecoh apabila MFL mengesahkan skuad Sang Kenari tidak boleh mendaftar pemain baharu sehingga sekatan perpindahan pemain ditarik balik oleh FIFA.
Namun segalanya terjawab apabila KDA FC dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Isnin mengambil maklum atas notis sekatan perpindahan pemain yang dikenakan FIFA ke atas kelab tersebut pada 4 Mac 2024.
Dalam kenyataan tersebut, KDA FC menjelaskan bahawa sekatan yang dikenakan oleh FIFA melibatkan tuntutan bekas pemain import pasukan Kedah pada musim 2020 dan 2021 yang bersangkutan dengan rekod cukai pendapatan tertunggak pemain import (pihak yang menuntut) bagi tahun tersebut.
BACA LAGI: Sudah jatuh ditimpa tangga, Kedah kini tak boleh daftar pemain baharu
Sebahagian sesi latihan akhir Sang Kenari sebelum diberi pelepasan menjelang perayaan Hari Raya. — Facebook/KDAFC
BACA LAGI: [VIDEO] Identiti penjaga gol bertopeng JDT cetus tanda tanya, GK Filipina jadi sebutan
Jelas kelab itu, walaupun beberapa proses rundingan telah diadakan, berlaku masalah teknikal penyelesaian yang mengakibatkan KDA FC dikenakan hukuman oleh FIFA walhal pemain tersebut telah bebas sepenuhnya dari arahan sekatan perjalanan untuk perjalanan ke luar Malaysia.
"Isu teknikal berkenaan telah diambil maklum oleh pihak FAM serta MFL yang telah disedari dari awal lagi dan di pihak pengurusan kelab telah mengikuti dengan sewajarnya nasihat serta beberapa siri perbincangan diadakan bersama pihak yang terlibat.
"Satu kaedah persetujuan telah dicapai hari ini yang mana tuntutan dari pihak yang menuntut telah diselesaikan.
"Status sekatan perpindahan ini juga akan ditarik balik setelah pihak FIFA menerima maklumat terkini penyelesaian dari pihak menuntut bagi menarik balik sekatan dałam masa terdekat seterusnya KDA FC bebas membuat pendaftaran pemain baharu musim 2024/25," jelas kelab tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram