PENDEKATAN unik diambil Kedah Darul Aman (KDA) FC kali ini apabila mereka melantik bekas pemain ke dalam pengurusan kelab.
Mereka yang rata-ratanya merupakan tonggak dalam skuad 'double treble' pada 2007 dan 2008 diharapkan mampu mengembalikan zaman kegemilangan kelab Utara tanah air itu.
Nelson San Martin dan bekas penjaga gol, Helmi Eliza merupakan antara yang dilantik dengan kepakaran masing-masing pasti didambakan.
Tetapi, tumpuan lebih diberikan terhadap keputusan mendapatkan khidmat legenda Sang Kenari, Baddrol Bakhtiar yang memegang jawatan pengurus KDA FC B.
Pemain tengah yang bertahun-tahun memikul peranan sebagai kapten pasukan sememangnya merupakan ikon cukup dikagumi dalam kalangan penyokong.
BACA LAGI: Dah sah bergelar YB, 3 manifesto realistik buat Baddrol Bakhtiar untuk warga Gurun
Baddrol kini merupakan pengurus baharu skuad muda Sang Kenari. — Facebook/KDA FC
Malah, karismanya seakan-akan sukar diganti apabila sehingga kini, nombor 7 keramat yang menjadi miliknya masih belum diisi setelah dikosongkan sejak 2021.
Bagaimanapun, terdapat sedikit kesangsian mengenai pelantikan itu apabila segelintir pihak berasakan Baddrol akan berdepan kesukaran.
Ini kerana dia kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun yang akan menyaksikannya perlu membahagikan masa antara karier politiknya dan sebagai pengurus skuad muda Sang Kenari.
Tetapi, rata-rata penyokong Hijau Kuning tampil mencurahkan kepercayaan buat bekas pemain berusia 36 tahun berkenaan dalam memikul kedua-dua tanggungjawab itu.
"Dia dapat jawatan sebagai pengurus Kedah B-23 memang layak selayak-layaknya bagi aku. Pengalaman yang cukup luas dalam kancah bola sepak.
BACA LAGI: Luah rasa terharu, Baddrol Bakhtiar jawab isu jersi nombor 7, titip pesanan buat Kedah dan Sabah
Baddrol (tengah) memilih untuk menceburi bidang politik tahun lalu.
"Kini, dia mahu mencurahkannya kepada pemain muda yang sedang meningkat naik. Politik adalah politik, kebajikan penduduk Kedah, terutamanya di Gurun pasti akan dijaga kerana itu kewajipannya," kata Mohammad Amirul Bin Zulkifle.
"Sibuk YB (Yang Berhormat) nanti kerana perlu jaga Adun dan uruskan pasukan pula. Semoga YB diberi kesihatan yang terbaik untuk menjalani tanggungjawab diamanahkan," kata Louis Peter Low.
"Walaupun dia dah pegang jawatan sebagai Adun Gurun, saya yakin dia dapat melakukan kedua-duanya dengan baik kerana dia ada pengalaman bergelar pemain bola sepak," kata Helmi Jakfar.
Baddrol sebelum ini membuat kejutan untuk menceburi bidang politik semasa Pilihan Raya Negeri tahun lalu tidak lama selepas meninggalkan Sabah FC.
Sepanjang berkecimpung dalam dunia tersebut, dia sering kelihatan membantu kebajikan penduduk dengan memberi sumbangan serta terlibat dengan aktiviti kemasyakarakatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram