[VIDEO] Game pertama Perak FC, TFC dibayangi aksi dramatik Sharbinee-Souza


  • Podium
  • Selasa, 09 Apr 2024

Sharbinee merupakan salah seorang penjaga gol terbaik pernah mewakili skuad Sang Penyu.

JADUAL baharu Liga Super 2024/25 yang dikeluarkan pada Selasa membuatkan ramai teruja dengan senarai perlawanan, lebih-lebih lagi dalam minggu pembukaan.

Pertembungan antara Terengganu FC dan Perak FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pasti membuatkan penyokong kedua-dua pasukan tidak sabar untuk menyaksikannya.

Berdasarkan rekod tahun lalu, skuad Sang Penyu mengumpul enam mata daripada dua pertembungan Liga Super dengan kualiti mereka jauh meninggalkan lawan dari Utara tanah air terbabit.

Namun, sekiranya melihat kepada musim-musim terdahulu, pertembungan antara mereka sering menyajikan persembahan cukup mantap daripada pemain.

BACA LAGI: Sarung jersi Terengganu ketika berlatih, bintang lepasan Perak akan ke Pantai Timur?

Salah satu perlawanan paling sukar dilupakan adalah ketika aksi Liga Super 2015 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh di hadapan ribuan penyokong masing-masing.

Pertembungan itu cukup diingati kerana penjaga gol pelawat, Sharbinee Allawee menjadi hero mereka selepas menampilkan persembahan mantap sepanjang 90 minit permainan.

Momen terbaik dipamerkannya di tempat lawan ketika itu adalah setelah dia menepis sepakan penalti penyerang import Perak, Chad Souza.

Dia yang tenang membaca sepakan penyerang dari Brazil berkenaan menerima pujian melambung kerana berjaya memastikan kedudukan 3-2 kekal berpihak kepada Terengganu.

BACA LAGI: Tiga mata milik Terengganu, tapi nama Hadi Fayyadh, Liridon jadi topik hangat

11143138_851725848234121_167752944480013358_n

Tepisan cemerlang Sharbinee membolehkan skuad Sang Penyu pulang dengan senyuman. Facebook/Terengganu FA

Kemenangan berkenaan menyaksikan skuad Sang Penyu berada di tangga ketiga Liga Super 2015 selepas tujuh perlawanan sebelum mengalami kemerosotan prestasi.

Bagaimanapun, kehebatan dipamerkan bekas penjaga gol kebangsaan itu pastinya sukar dilupakan kerana dia masih dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik mereka.

Jadi, penyokong pasti mengharapkan momen sebegitu dapat terukir dalam aksi Liga Super akan datang dengan tiga mata menjadi sasaran utama.

Setakat ini, Perak FC dan Terengganu FC sudah membuat persiapan terbaik menjelang musim baharu selepas membawa masuk bintang ternama.

Selain itu, beberapa aksi persahabatan juga diadakan bagi memastikan pemain berada di tahap kecergasan terbaik untuk merebut kedudukan cemerlang dalam liga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram