Sabah, Sri Pahang dan Selangor belum rancak 'panaskan enjin' sebelum Aidilfitri


  • Podium
  • Selasa, 09 Apr 2024

Sabah antara kelab yang tidak begitu rancak persiapan pra-musim mereka. — Facebook/Sabah FC

MASA tinggal sebulan saja sebelum saingan musim baharu Liga Super akan bermula. Ketika ini, banyak kelab sedang melakukan persiapan pra-musim untuk memanaskan 'enjin' pasukan.

Beberapa kelab ketika ini dilihat sedang giat melakukan persiapan pra-musim dengan kelab seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) memilih Eropah sebagai destinasi, Perak FC menentang kelab-kelab Singapura serta Terengganu FC menjelajah ke Lembah Klang.

Namun begitu, masih terdapat beberapa kelab yang dilihat tidak begitu rancak dalam melakukan persiapan pra-musim. Mereka hanya menumpukan kepada latihan serta perlawanan berunsur sparring dan tidak melakukan jelajah yang boleh semestinya menarik perhatian penyokong.

Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan merungkai tiga kelab yang dilihat tidak rancak melakukan persiapan pra-musim mereka terutamanya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri:

1. Sabah FC

Salah satu kelab yang dilihat tidak begitu rancak melakukan persiapan pra-musim adalah Sabah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Ketika ini, mereka hanya menumpukan latihan pra-musim dengan tidak mengadakan sebarang perlawanan pemanas badan atau siri jelajah ke mana-mana lokasi untuk menajamkan persembahan para pemain.

Sepertinya, Sabah seperti tidak belajar daripada apa yang terjadi kepada diri mereka sendiri yang terpaksa mengharungi aksi kalah mati Piala AFC ketika di luar musim dan tanpa perlawanan kompetitif untuk memastikan prestasi tidak merudum.

Jika ada perlawanan pra-musim diadakan selepas cuti Aidilfitri, berkemungkinan ia jumlah perlawanan yang diadakan tidak banyak. Persoalannya, adakah ia cukup untuk memanaskan 'enjin' para pemain Sabah?

BACA LAGI: [VIDEO] 'Badang TFC' risau Tomi pening kepala, ramai pemain bagus bersaing rebut tempat

2. Sri Pahang FC

Satu lagi kelab yang dilihat sunyi dalam persiapan pra-musim mereka adalah Sri Pahang. Menyerupai Sabah, mereka juga tidak melakukan aksi pra-musim sebelum cuti Aidilfitri.

Sebaliknya, skuad kendalian Fandi Ahmad lebih tertumpu kepada latihan sahaja untuk meningkatkan tahap kecergasan para pemain menjelang musim baharu.

Namun begitu, jika dilihat pada kemaskini oleh Sri Pahang di media sosial, mereka ada mengadakan perlawanan sparring dengan kelab amatur namun ia diadakan secara tertutup.

Berkemungkinan mereka akan mengadakan beberapa aksi pra-musim selepas cuti Aidilfitri. Sama dengan Sabah, adakah ia mencukupi untuk Tok Gajah siapkan skuad mereka menjelang musim panjang?

BACA LAGI: Jang Naruto cemerlang sepanjang pramusim, silap-silap Selangor, JDT, TFC minat 'masuk line'

3. Selangor FC

Satu nama yang mengejutkan kerana sebelum ini Selangor ada melakukan latihan pra-musim dekat Thailand sambil mengadakan dua aksi di sana.

Namun selepas itu, mereka hanya memfokuskan kepada latihan dan tidak rancak lagi mengadakan aksi pra-musim seperti kelab-kelab lain.

430943333_18418725637006712_6690450851003887119_n

Selangor mengadakan latihan pra-musim di Thailand. — Selangor FC

Jika hendak dibandingkan dengan kelab-kelab lain yang dianggap pesaing terdekat untuk mendapatkan kejuaraan, Selangor agak di belakang dari segi persiapan aksi pra-musim kerana mereka cuma mengharungi dua perlawanan saja. Sebagai perbandingan, Perak dan Terengganu sudah mengharungi tiga perlawanan.

Mungkin, Nidzam Jamil mempunyai sesuatu yang menarik untuk Selangor. Dengan musim yang penuh cabaran menanti Selangor baik di domestik atau Asia, adalah penting untuk mereka mempunyai pra-musim yang baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram