Jang Naruto cemerlang sepanjang pramusim, silap-silap Selangor, JDT, TFC minat 'masuk line'


  • Podium
  • Isnin, 08 Apr 2024

Sasaki (berbaju kuning) hadir ke Negeri Sembilan dengan reputasi juara J.League divisyen tiga. — Facebook/NSFC

NEGERI Sembilan FC (NSFC) musim ini mensasarkan untuk kembali menghuni kedudukan teratas liga selepas kempen suram 2023 apabila skuad Jang sekadar menduduki tempat ke-sembilan Liga Super dengan meraih 27 mata.

Bagi menghidupkan semula Negeri Sembilan musim ini, mereka melantik Faliq Firdaus selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab dan rombakan pemain turut dibuat bagi mengelak skuad Jang menjadi pasukan belasahan.

NSFC juga dilengkapi dengan kehadiran beberapa pemain import seperti Jacque Faye sebagai bek tengah, Hein Htet Aung kelahiran Myanmar yang dipinjam daripada Selangor FC, An Sang-su dari Korea Selatan dan Takumi Sasaki untuk mengendali bahagian tengah.

Dalam kalangan semua rekrut import Negeri Sembilan berkenaan, Sasaki paling menonjol selepas dia menjaringkan tiga gol dan mencatatkan tiga hantaran bantuan dalam empat perlawanan persahabatan skuad Jang.

Dua jaringan daripada pemain berusia 26 tahun itu diperolehi ketika aksi pemanas badan menentang Terengganu yang merekodkan keputusan 2-3 memihak kepada pasukan pelawat baru-baru ini.

BACA LAGI: 'Ada gentlemen agreement', Selangor selit syarat berbeza dalam pinjaman 2 pemain ke Penang

WhatsApp Image 2024-04-08 at 11.38.27

Sasaki menjadi watak utama NSFC sepanjang kempen pramusim ini.

BACA LAGI: Teruja beraksi bersama idola, bintang muda TRW optimis skor lawan JDT

Pesembahan cemerlangnya membantu bahagian serangan dalam melakukan gerakan-gerakan yang berbahaya ke kubu lawan menimbulkan kebimbangan jika ada kelab pesaing mula menunjukkan minat terhadap Sasaki.

"Risau ada yang memerhati jauh. Tak Selangor ataupun JDT (Johor Darul Ta'zim). Tak pun Terengganu. Tiga-tiga kelab kaya ini mana senang duduk bila tengok kelab macam NSFC ada pemain handal," kata penyokong Jang, Kaz Fadleyz.

"Import Asia pun dah hebat, buat apa kita nak cari pemain yang mahal-mahal," pendapat yang dikeluarkan penyokong skuad NSFC, Aiman Haziq.

Kemampuan teknikal pemain yang sudah digelar 'Jang Naruto' dalam kalangan penyokong itu diramal akan memberi impak positif buat Negeri Sembilan dan boleh dilabel sebagai pembelian berbaloi.

Untuk rekod, pemain tengah menyerang itu merupakan juara saingan divisyen tiga Jepun bersama Ehime FC pada musim lalu dengan dia merekodkan 22 penampilan serta menjaringkan dua gol bersama bersama kelab lamanya.

Fakta menarik mengenai Sasaki apabila dia juga mempunyai pengalaman menyarung jersi skuad kebangsaan negaranya iaitu skuad Jepun bawah 20 tahun (B-20) ketika zaman remajanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram