Tan Cheng Hoe seolah-olah tak belajar kesilapan 7 tahun lepas


  • Podium
  • Isnin, 08 Apr 2024

Cheng Hoe kini bersama Police Tero. — Police Tero FC

PEMERGIAN Tan Cheng Hoe dari Selangor FC ke kelab Thailand, Police Tero nyata mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, saat dia sendiri sudah menstabilkan Selangor, pengendali itu memilih untuk pergi.

Pemergiannya ke Police Tero pada mulanya sukar untuk diterima oleh penyokong Selangor. Bagi penyokong Kedah Darul Aman FC yang pernah merasainya, mereka amat memahami apa dilalui pendukung Gergasi Merah hasil perbuatan Cheng Hoe.

Sebelum ini, Cheng Hoe pernah membuat perkara sama apabila memilih meninggalkan Kedah di saat mereka sedang memburu pelbagai kejuaraan dengan alasan ingin menyertai barisan jurulatih Harimau Malaya sebagai pembantu.

Tindakannya meletakkan jawatan sebagai pengendali Kedah pada 2017 jelas menimbulkan persoalan dalam kalangan mereka yang terlibat dengan Sang Kenari.

BACA LAGI: 'Ada gentlemen agreement', Selangor selit syarat berbeza dalam pinjaman 2 pemain ke Penang

553 (7)

Cheng Hoe dulu tinggalkan Kedah demi Harimau Malaya. — Agensi

Malah, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ketika itu, Datuk Badrol Hisham Hashim juga memberikan pesan agar Cheng Hoe berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.

"Secara peribadi saya ingin menasihatkannya berfikir banyak kali kerana telah lama bersama kami dan paling penting beliau ada semangat Kedah yang kuat," kata Badrol.

Cheng Hoe kemudiannya sah meninggalkan Kedah lalu menyertai barisan kejurulatihan Harimau Malaya sebagai pembantu Nelo Vingada.

Dia kemudiannya diangkat sebagai ketua jurulatih pada tahun yang sama sebelum membuat keputusan meninggalkan Harimau Malaya pada 2022.

Situasi serupa kelihatan apabila Cheng Hoe melakukan 'skrip' serupa dengan meninggalkan Selangor untuk Police Tero.

BACA LAGI: Jang Naruto cemerlang sepanjang pramusim, silap-silap Selangor, JDT, TFC minat 'masuk line'

20230906-Tan-Cheng-Hoe-Selangor-FC-head-coach-Selangor-FC-fb

Cheng Hoe meninggalkan Selangor selepas membawa mereka kembali ke Asia. — Agensi

Namun begitu, keputusannya meninggalkan kelab stabil berbanding Police Tero yang mengalami masalah kewangan seakan mula menghantuinya.

Sejak bersama kelab Thailand itu, prestasi Police Tero semakin merudum dengan mereka berada di tangga terakhir Thai League 1 dan berpotensi untuk jatuh ke divisyen dua musim depan.

Melihat kepada peristiwa ini, ia menimbulkan persoalan yang adakah Cheng Hoe sebenarnya sedang merencana kesilapan yang sama dia pernah lakukan pada 2017?

Benar, tawaran melatih kelab luar negara adalah impiannya tetapi meninggalkan kapal stabil demi sebuah sampan yang menanti masa untuk karam bukanlah satu tindakan yang wajar dilakukan.

Mungkin inilah kata peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram