WALAUPUN Manchester United berjaya mengikat Liverpool 2-2 dalam aksi penting English Premier League (EPL) pada Ahad, persembahan mereka masih lagi di bawah par.
Malah lebih teruk, persembahan skuad kendalian Erik ten Hag dilihat seperti aksi yang dimainkan oleh budak sekolah kerana gagal mengekang kemaraan Liverpool.
Itulah yang dirasai oleh legenda United, Gary Neville selepas melihat The Red Devils mensia-siakan kelebihan mendahului sebelum memboloskan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan.
United diikat Liverpool 2-2 di Old Trafford selepas tuan rumah berjaya memadam kelebihan awal pelawat hasil jaringan Luis Diaz.
Gol oleh Bruno Fernando dan Kobbie Maino meletakkan United di depan sebelum Mohamed Salah menjaringkan penalti pada lewat permainan.
BACA LAGI: Lepas bangkit dari kecederaan ACL, Ayon kini mahu buktikan usia sekadar angka
Mainoo (tengah) meraikan jaringannya bertemu Liverpool. — Agensi
BACA LAGI: Nazmi Faiz antara 3 bekas anak buah OKS boleh bantu 'squad depth' Sabah musim depan
"Ada perkara yang anda saksikan tidak akan berlaku di peringkat kanak-kanak. Dalam perlawanan ini, bentuk bahagian pertahanan dilihat dalam keadaan baik. Tetapi secara tiba-tiba, di bahagian tengah kosong.
"Pemain melakukan tekanan sendirian tanpa ada bantuan daripada rakan sepasukan. Para pemain berada dekat dengan bola ketika balingan ke dalam dilakukan dan itu membuatkan bola dibaling jauh ke belakang bahagian pertahanan.
"Semua yang dilihat amat mudah untuk dilakukan dalam bola sepak, Manchester United tidak mampu malah melakukannya dengan teruk. Mereka adalah pasukan yang mudah untuk ditentang," ujar Neville.
Neville mengatakan yang United terlalu bergantung kepada kecemerlangan individu untuk meraih kemenangan dan itu adalah satu perkara yang merisaukan.
"Mereka cuma bergantung kepada persembahan individu. Penjaga gol menyelamatkan percubaan, pertahanan menghalang serangan dan itulah yang kita lihat daripada Manchester United pada perlawanan ini.
"Di separuh masa pertama, mereka membiarkan Liverpool memperoleh 15 ke 16 percubaan ke arah gol dan itu adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan," kata Neville.
Hasil keputusan seri itu membuatkan Liverpool jatuh ke tangga kedua EPL di belakang Arsenal dengan mengutip 71 mata tetapi The Gunners mempunyai kelebihan jaringan yang leibh baik. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram