[VIDEO] Dikatakan bakal jadi pemain HM, penyerang Man United cipta hatrik belasah Liverpool


  • Podium
  • Sabtu, 06 Apr 2024

Ethan Wheatley cemerlang membantu United mengalahkan Liverpool 9-1. — Agensi

KEBELAKANGAN ini hangat diperkatakan mengenai pemain akademi Manchester United iaitu Ethan Wheatley yang mempunyai kaitan bersama-sama dengan Malaysia.

Pemain muda tersebut dilaporkan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia dengan neneknya yang dikatakan berasal dari Selangor.

Namun begitu, pemain tersebut menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan dia sebaliknya adalah pemain asli daripada England.

Ia nyata merugikan negara kerana jika benar Wheatley mempunyai pertalian darah dengan Malaysia, Harimau Malaya pasti beruntung apabila mendapat pemain sebagusnya.

Malah kualitinya tertonjol apabila dia membantu United menewaskan musuh tradisi, Liverpool dalam sebuah aksi perlawanan melibatkan skuad bawah 18 tahun (B-18) kedua-dua kelab.

Diadakan pada Sabtu di padang latihan Liverpool dekat Kirkby, Wheatley berjaya menghasilkan jaringan untuk membantu United untuk membelasah The Reds dengan jaringan 9-1.

BACA LAGI: Dengar cakap ibu, GK Kelantan tukar karier tinggalkan bola sepak demi bergelar anggota polis

GKfKAQ5W4AE_ggw

Wheatley melakukan keraian yang sinonim dengan Rooney ketika menjaringkan menentang Liverpool. — Agensi

BACA LAGI: 'Hang pantau kot mana?' penyokong pangkah dakwaan Sanusi sentiasa bantu Kedah

Kemenangan dengan jaringan tanpa belas ihsan itu menyaksikan Wheatley menghasilkan gol dengan melakukan rembatan kencang selepas membuat satu pusingan atau turning yang mengelirukan pertahanan Liverpool.

Selepas menghasilkan jaringan itu, dia melakukan keraian seperti sedang bertinju seperti yang sering dilakukan oleh legenda United iaitu Wanye Rooney seperti yang tular di media sosial.

Lebih menarik, Wheatley mencatatkan hatrik dalam perlawanan tersebut dan itu pastinya saat yang manis buat pemain tersebut.

Kemenangan tersebut jelas sekali disambut baik oleh penyokong United yang kecewa akibat pasukan senior kalah kepada Chelsea dalam aksi English Premier League (EPL) pada Khamis lalu.

Dengan kedua-dua pasukan akan sekali lagi bertemu lagi dalam aksi EPL pada Ahad, pastinya penyokong United mengharapkan kejayaan skuad B-18 mereka dapat diulangi oleh skuad senior.

Mungkin kemenangan 9-1 tidak dapat diulang tetapi sekurang-kurangnya jika United berjaya menang ke atas Liverpool ia sedikit sebanyak boleh menghalang hajat The Reds untuk memenangi EPL di akhir musim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram