'Hang pantau kot mana?' penyokong pangkah dakwaan Sanusi sentiasa bantu Kedah


  • Podium
  • Sabtu, 06 Apr 2024

Sanusi mengatakan yang KFA ada membantu Kedah dari segi kewangan. — Facebook/Datuk Seri Sanusi Md Nor

KELAB Liga Super, Kedah Darul Aman FC masih lagi tidak reda daripada kemelut yang dihadapi mereka.

Selepas dikenakan hukuman pemotongan tiga mata dan denda RM50,000, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor mengeluarkan kenyataan yang dia sentiasa menyokong Sang Kenari.

Sokongan yang dimaksudkan oleh Sanusi adalah dia sentiasa memberikan bantuan apabila Kedah memerlukannya terutamanya apabila terpaut dengan isu kewangan.

Menurut Sanusi, bantuan yang disalurkan menerusi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) itu adalah menerusi dana yang lain dan bukannya dari wang kerajaan negeri.

"Selama ini kita bantu melalui KFA, sampai sekarang KFA bantu dan terbaharu kita salurkan beberapa juta ringgit lagi cuma saya tak mahu bising.

"Polisi ini sangat mudah. Duit bola kita cari duit lain. KFA masih ada dan sudah tolong sejumlah RM16 juta sejak dulu," kata Sanusi menerusi Stadium Astro.

Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Sanusi itu tidak disenangi oleh penyokong Kedah yang nyata sedang kecewa dengan keadaan kelab.

Ada yang berpendapat Sanusi mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas kerana jika benar dia membantu, pastinya Kedah tidak berada dalam keadaan sebegini sekarang.

BACA LAGI: Dengar cakap ibu, GK Kelantan tukar karier tinggalkan bola sepak demi bergelar anggota polis

419862426_955836982770027_1981486590607464673_n

Sanusi mengatakan dia telah mengeluarkan bantuan sebanyak RM16 juta menerusi KFA bagi membantu Kedah. — Facebook/Datuk Seri Sanusi Md Nor

BACA LAGI: 'Tunggu kenyataan rasmi', CEO Kedah enggan ulas keputusan MFL potong 3 mata

"Tak pasal-pasal kena potong tiga mata sebelum sepak mula berserta denda iringan RM50,000. Hang pantau kot mana?," soal penyokong bernama Samat Sam.

"Kalau betul bantu, Kedah memang tak akan ada masalah gaji. Tapi sampai sekarang isu tu ada dan pemain tak dapat hak mereka," komen Sabri Yazid.

"Nak suruh uruskan tak pandai, yang dia tahu cuma salahkan orang," ujar Fadzil Ahmad pula.

"Macam mana bantu tak cukup duit nak bayar gaji. Pelik la mamat ni," katanya.

Walaupun ada yang mengkritik kenyataan dikeluarkan oleh Sanusi, tetapi terdapat juga mereka tetap memihak kepadanya.

Kata mereka, lebih baik Sanusi dan KFA tidak membantu Kedah kerana kelab itu sepatutnya berdiri sendiri tanpa bantuan kerajaan negeri setelah diswastakan.

"Sekarang dah swasta, mana boleh harap kerajaan negeri bagi duit. Sebagai entiti swasta, wajib cari pendapatan sendiri tampung kos pengurusan kelab. Kalau tak mampu buat letak jawatan," kata penyokong bernama Kamal Safwan.

"MB Sanusi yang banyak bantu KFA dengan pembayaran hutang-hutang tinggalan pengurusan terdahulu," komen Aziz Sidam.

"Terbaik MB, apa yang patut dibantu, kita bantu," ujar Haikal Zakaria yang menyokong inisiatif Sanusi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram