Tunjuk taring lawan Perak, jeneral muda Brazil dalam radar Penang


  • Podium
  • Sabtu, 06 Apr 2024

Welter (berdiri, tiga dari kanan) dijangka menjadi pemain import baharu Penang.

SEPERTI kelab lain yang sedang giat menjalankan latihan pra-musim dengan mengharungi beberapa aksi persahabatan, Penang FC turut melakukan perkara yang sama.

Mereka juga mengadakan beberapa perlawanan pemanas badan bagi mendapatkan rentak yang diperlukan sebelum Liga Super bermula pada Mei ini.

Terbaharu, mereka turun ke Ipoh untuk berdepan Perak FC pada Jumaat untuk perlawanan persahabatan. Dalam aksi yang berakhir dengan keputusan seri 0-0, terdapat seorang pemain mencuri tumpuan penyokong Harimau Kumbang.

Pemain yang dimaksudkan adalah Nando Welter atau Fernando Welter yang diturunkan dengan memakai jersi bernombor 29. Dalam perlawanan tersebut dia diturunkan sebagai kesebelasan utama.

Malah secara terbuka, namanya diletakkan dalam media sosial Penang dengan pihak kelab menggunakan "Fernando W." pada senarai kesebelasan utama.

BACA LAGI: Lepas gantung but, ex Penang kini ubah angin jadi pencari bakat

Dengan penyertaannya dalam aksi bertemu Perak telah menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong. Adakah Penang akan mendapatkan khidmat Welter bagi musim baharu?

Perkhabaran tersebut dilihat bakal menjadi kenyataan apabila Penang dikatakan bersetuju untuk menjadikan Welter sebahagian daripada ambilan pemain import Harimau Kumbang musim ini.

Berkemungkinan hanya menanti masa untuk diumumkan, kehadiran Welter dilihat bakal membantu menguatkan bahagian tengah Penang yang sebelum ini diisi oleh Ousmane Fane.

Menurut rekod, kelab terakhir Welter adalah Al-Rams SC yang bersaing dalam liga divisyen dua Emiriah Arab Bersatu (UAE).

BACA LAGI: 'Tunggu kenyataan rasmi', CEO Kedah enggan ulas keputusan MFL potong 3 mata

436253676_972433824397272_8006534368729585580_n

Welter (kanan) beraksi sebagai pemain tengah bertahan. — Penang FC

Berusia 21 tahun, Welter merupakan pemain tengah bertahan (defensive midfielder). Jika, dia benar-benar diambil Penang, Welter mampu memberikan perlindungan kepada bahagian pertahanan Harimau Kumbang.

Mungkin Welter adalah pemain yang pernah menjadi klu kepada Akmal Rizal sebelum ini. Terdahulu, pengendali Penang tersebut pernah memberikan klu negara-negara asal para pemain importnya dan salah satu daripadanya adalah Brazil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram