TERENGGANU FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC berpeluang beraksi di pentas Asia musim depan setelah pengumuman Kejohanan Kelab Asean (ACC) dianjurkan semula.
Pertandingan yang kali terakhir diadakan pada 2005 itu bakal menyaksikan kesemua negara dari rantau Asia Tenggara akan menghantar wakil pasukan.
Jadi, ia membuka peluang buat kedua-dua kelab Liga Super itu menyertainya kerana masing-masing muncul naib juara Piala FA dan Piala Malaysia tahun lepas.
Meskipun ada peminat bola sepak berasakan pertandingan tersebut kurang menarik, senarai awal pasukan yang menyertainya menidakkan pandangan serong itu.
BACA LAGI: Layan 3 Abdul lagi bagus, fans Penang berang KL City 'bantai' sampai 4 gol
Lion City Sailors sudah mengesahkan penyertaan dalam ACC musim depan. — Facebook/Asean Football
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Asean Football, juara bertahan Piala Singapura, Lion City Sailor merupakan wakil dihantar negara berkenaan.
Pasukan yang musim lalu berentap di Liga Juara-Juara AFC (ACL) itu pasti akan menggamatkan ACC 2024/25 memandangkan pengalaman mereka di pentas Asia cukup memberangsangkan.
Selain itu, lambakan bintang seperti Hariss Harun dan Richairo Zivkovic sememangnya menaikkan lagi kelab itu sebagai pilihan dalam kejohanan tersebut.
Terengganu FC dan KL City FC juga semestinya tidak mahu mengibarkan bendera putih terlalu awal kerana kualiti dimiliki mereka juga boleh dikatakan antara yang terbaik di Asia Tenggara.
BACA LAGI: TFC bakal dapat khidmat bekas pemain KL City FC
Lion City Sailors mengumpul pengalaman beraksi di pentas Asia musim lalu. — Agensi
Kedua-dua pasukan itu dipilih mewakili negara dalam ACC akan datang selepas dua pasukan teratas Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC memilih untuk berentap dalam pertandingan anjuran AFC.
Jadi, ia membuka pintu buat skuad Sang Penyu dan Warga Kota untuk dipilih atas sebab pencapaian membanggakan dalam dua kejohanan domestik.
Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sabah FC sebelum ini turut dilaporkan sebagai calon, namun mengambil keputusan menolak peluang tersebut untuk fokus dalam Liga Super.
Setakat ini, PSM Makassar dan Persija Jakarta dari Indonesia turut difahamkan sudah bersetuju untuk berentap dalam ACC sebagai dua kelab teratas dalam liga.
Master 7 FC dari Kemboja dan Kasuka FC dari Brunei juga dilaporkan bersedia untuk menyertai, namun perlu menempuhi peringkat 'playoff' untuk menempah slot. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram