KEBANGKITAN bergaya dipamerkan Terengganu FC dalam aksi persahabatan menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Khamis.
Setelah ketinggalan pada separuh masa pertama, anak-anak buah Tomislav Steinbruckner mempamerkan semangat berbeza untuk meraih kemenangan.
Meskipun hanya satu aksi persahabatan, ia membuktikan pendekatan baharu jurulatih dari Croatia berkenaan semakin membuahkan hasil memasuki musim baharu.
Kemasukan beberapa pemain pada babak kedua menyaksikan skuad Sang Penyu dapat beraksi dengan rentak lebih rancak, lebih-lebih lagi setelah memperkenalkan wajah-wajah import.
BACA LAGI: Kembali ke Terengganu, Ott sedia jadi 'perampas' demi kukuh posisi
Tomislav terus memberi sentuhan terbaik buat skuad Sang Penyu. — Facebook/Terengganu FC
Melihat kepada komen orang ramai di media sosial, mereka cukup berpuas hati dengan keazaman dipamerkan kerana masing-masing sudah tahu akan kepentingan tersendiri di atas padang.
Tetapi, masih terdapat rasa kurang senang diluahkan terhadap beberapa pemain Terengganu FC yang gagal menampilkan impak terbaik di atas padang.
Bek tengah kelahiran Macedonia, Argzim Redzovic merupakan salah seorang yang menerima kritikan kerana masih bergelut untuk menyekat serangan skuad Jang.
Dia yang diletakkan dalam kesebelasan utama diberikan peluang untuk menyerlah, namun perkara sebaliknya berlaku sehingga menyaksikan penampilannya dikritik ramai.
BACA LAGI: Mula bersinar dengan Terengganu buat fans Selangor kesal tak dapat sambar Akhyar
Skuad Sang Penyu mampu melakar senyuman selepas bangkit meraih kemenangan ke atas skuad Jang. — Facebook/Terengganu FC
"Perlawanan malam ini (Khamis) jelas menunjukkan import kita kali ini berkualiti kecuali Argzim. Maknanya, kita boleh melakukan perubahan dan dapat menambah baik gaya permainan," kata Aiman Fazli.
"Argzim nampak agak bergelut, permainan pun lebih teruk berbanding pemain tempatan," kata Amirul Azmeen.
"Boleh tahan buat 'comeback' Terengganu ni. Harapnya semua boleh tambah baik, lebih-lebih lagi Argzim yang kurang baik permainannya," kata Halim Jakfar.
Dalam perlawanan itu, dua gol daripada Takumi Sasaki meletakkan Negeri Sembilan FC di hadapan pada babak pertama selepas Engku Nur Shakir membuka jaringan di Paroi.
Namun, rombakan pemain di atas padang menyaksikan skuad Sang Penyu melakukan kebangkitan setelah jaringan Marin Pilj dan Hairey Hakim membantu kemenangan 3-2 direkodkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram