Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah — Hannah Yeoh


  • Podium
  • Khamis, 04 Apr 2024

Kongres FAM mengumpulkan wakil daripada kesemua persatuan bola sepak dalam negara. — Facebook/FAM

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengakui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini, lapor Stadium Astro.

FAM baru-baru ini terpalit dengan isu emel beracun yang dihantar kepada media, sarat dengan dakwaan berlakunya salah guna kuasa dalam pengurusan badan induk itu.

Ia sekali gus menjejaskan reputasi FAM sebagai badan pentadbir bola sepak negara.

BACA LAGI: Isu 'surat layang': FAM sedia buat laporan polis

Nadi Arena

Hannah berkata, KBS bersedia campur tangan sekiranya ada bukti penyelewengan berlaku. — Stadium Astro

BACA LAGI: FAM tidak panik dakwaan surat layang — Rosmadi Ismail

Hannah berkata, menerusi perkongsiannya bersama wartawan sukan, Faizal Bazari, ia merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia campur tangan sekiranya ada bukti penyelewengan berlaku.

"Kalau semua orang berhenti kerja untuk layan surat layang agak susah untuk semua.

"Dalam semua syarikat, semua tempat pun saya percaya sudah jadi kebiasaan.

"Kalau ada laporan dibuat, itu kita akan ambil tindakan," kata Hannah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram