Pengganti Nicol Ann David 'in the making', Sivasangari hilang kata-kata di London


  • Podium
  • Selasa, 02 Apr 2024

Sivasangari muncul juara selepas menewaskan Hania El Hammamy dalam edisi sulung Kejohanan Klasik London dalam kejohanan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional pada Isnin. — Facebook/PSA

PEMAIN skuasy wanita negara, S. Sivasangari mencipta kejutan apabila muncul juara edisi sulung Kejohanan Klasik London dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Alexandra Palace, London pada Isnin.

Sivasangari, ranking ke-13 dunia itu mempamerkan keberanian untuk mengatasi pemain ranking kedua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 untuk menjadi pemain Malaysia pertama memenangi pertandingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) bertaraf emas di London itu.

Selepas bertarung selama 81 minit, Sivasangari menamatkan kempennya dengan cemerlang, setelah mencapai kejayaan luar biasa dengan menyingkirkan pemain raking pertama, Nour El Sherbini dari Mesir di peringkat suku akhir, ranking kedua, Hania dan pemain nombor empat dunia, Nele Gilis dari Belgium (separuh akhir) dalam kejohanan yang sama.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengalaman 10 tahun Brendan Gan jadi aset berharga KL City FC

WhatsApp Image 2024-04-02 at 11.29.57 (1)

Sivasangari mencipta kejutan apabila muncul juara edisi sulung Kejohanan Klasik London Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional. — Facebook/PSA

BACA LAGI: Jangan risau tewas kepada Selangor II, 'simpan kuku' dan keserasian antara petanda positif TFC

Juara Sukan Asia 2022 itu membuka tirai pertarungan dengan memenangi set pertama 11-9 namun Hania, 24, nyata tidak menyediakan laluan mudah kepada Sivasangari apabila mengikat keputusan kepada 1-1 selepas memenangi set kedua, 11-5.

Selepas berkongsi mata yang sama dalam dua set pertama, Sivasangari tampil berbahaya pada set ketiga yang mana dia berjaya mengawal permainan dengan baik untuk bergelar juara dalam kejohanan tersebut.

Meskipun terlalu banyak drama berlaku dalam set keempat yang mana Hania tampil lebih garang untuk memenangi aksi tersebut namun Sivasangari enggan tewas dengan mudah apabila membuktikan bahawa dia lebih layak bergelar juara dengan menoktahkan kemenangan 11-8.

Kejayaan itu turut menyaksikan Sivasangari menjadi pemain Malaysia pertama ke final kejohanan tahap emas Jelajah PSA selepas kali terakhir dilakukan Datuk Nicol David pada 2015.

“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan kemenangan pada hari ini.

"Saya sangat gembira apabila berjaya mengendalikan permainan sepanjang minggu ini.

"Gembira berjaya menewaskan pemain kelompok 10 teratas dunia sebanyak tiga kali yang berada dalam prestasi terbaik masing-masing. Saya gembira dengan kemenangan ini," kata Sivasangari. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram