Boszam nafi TRW tarik diri Liga M3, 'ex player' nasihat lebih baik bayar hutang walaupun satu sen


  • Podium
  • Selasa, 02 Apr 2024

Zamsaham menafikan Kelantan FC menarik diri daripada saingan Liga M3. — Facebook/Zamsaham

MASALAH tunggakan gaji yang dihadapi oleh Kelantan FC dilihat seperti tidak berkesudahan meskipun bakal beraksi di Liga M3.

Baru-baru ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Kelantan FC akan menarik diri untuk bersaing dalam kancah Liga M3 musim ini.

Enggan menimbulkan spekulasi, memetik laporan akhbar tempatan, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menegaskan skuad The Red Warriors (TRW) akan tetap bertanding dalam saingan Liga M3 musim ini.

Namun begitu, salah seorang bekas pemain Kelantan FC sepertinya tidak berpuas hati dengan kenyatan daripada Norizam berkenaan kerana sehingga ke hari ini isu gaji beberapa pemain masih tertunggak.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengalaman 10 tahun Brendan Gan jadi aset berharga KL City FC

WhatsApp Image 2024-04-02 at 13.43.46

Tangkap layar Instastory Syed Sobri.

BACA LAGI: Jangan risau tewas kepada Selangor II, 'simpan kuku' dan keserasian antara petanda positif TFC

Susulan itu, rekrut baharu Kelantan Darul Naim (KDN FC), Syed Sobri Syed Mohd menerusi satu hantaran di laman Instagram peribadinya menuntut pembayaran tunggakan gajinya.

"Ini orang jenis buka mulut je berbual, sudahlah tak sedar diri mulut tu dah penuh dengan lipas, nyamuk dan berbagai bakteria bual.

"Satu sen pun tak bayar lagi, entah kemana hilangnya tak tahu ayahbual ni," luahnya di Instagram.

Sebelum ini, Kelantan FC gagal meraih Lesen Kebangsaan sekali gus menyaksikan pemenang Piala Malaysia 2010 dan 2012 disingkirkan daripada Liga Super.

Kegagalan mendapatkan lesen itu disebabkan oleh tunggakan gaji musim lalu yang masih belum dilunaskan sehingga Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terpaksa menarik lesen pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram