[VIDEO] Genap setahun lalu, Teong Kim, Arif Aiman 'berperang' di tepi padang


  • Podium
  • Selasa, 02 Apr 2024

Tangkap layar video insiden perbalahan Teong Kim bersama Arif Aiman (kanan) pada musim lepas.

MASIHKAH anda ingat pertengkaran antara bekas Ketua Jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim dengan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman ketika aksi Liga Super 2023?.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, Perak ketika itu menyaksikan tindakan kasar bekas pengendali skuad Seladang itu yang membaling bola ke arah Arif Aiman.

Mengimbau kembali insiden pertengkaran dalam saingan Liga Super 2023 setahun yang lalu, video perbalahan tersebut juga tular di media sosial.

Tindakan provokasi jurulatih berusia 60 tahun itu membaling bola ke arah Arif Aiman menimbulkan rasa tidak puas hati tonggak Harimau Malaya terbabit kerana balingan itu dilaporkan cukup kasar dan hampir mengenai kepalanya.

BACA LAGI: Boszam nafi TRW tarik diri Liga M3, 'ex player' nasihat lebih baik bayar hutang walaupun satu sen

BACA LAGI: [VIDEO] Pengalaman 10 tahun Brendan Gan jadi aset berharga KL City FC

Dalam video berkenaan, perbalahan tersebut tercetus apabila bola yang terkeluar daripada garisan dikutip oleh Teong Kim lalu membaling semula ke arah Arif Aiman dengan cukup pantas.

Situasi tersebut menyebabkan pemenang Pemain Paling Bernilai (MVP) itu tidak berpuas hati kerana dilaporkan balingan itu cukup kasar.

Menariknya momen ketika itu, penyerang berbisa Harimau Selatan Bergson Da Silva dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan Teong Kim.

Susulan insiden tersebut, Teong Kim dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Dilaporkan ketika itu, Teong Kim pernah membawa Arif Aiman ketika Kejohanan Bola Sepak Remaja Iber Cup Costa del Sol 2015 bersama tiga lagi penyerang ke Sepanyol antaranya penyerang sensasi, Luqman Hakim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram