DALAM mana-mana sukan yang diceburi oleh sesiapa pun, ia tetap memerlukan perkara yang sama. Satu-satu atlet haruslah bekerja keras serta cekal menghadapi sebarang dugaan untuk berjaya.
Selain itu, seorang atlet perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi untuk memastikan mereka mampu menjadi juara. Jika satu-satu atlet mempunyai tahap disiplin yang rendah, mereka boleh menuju kegagalan walaupun pada awalnya bakat mereka menunjukkan potensi tinggi.
Disebabkan itu, dalam setiap latihan, tahap disiplin amat diterapkan bagi memastikan kejayaan berjaya diraih apabila turun ke gelanggang.
Itulah yang diterapkan dalam sesi latihan sukan tempur di Republik Dagestan yang terletak di Rusia. Dagestan yang terkenal sebagai kilang menghasilkan wira dalam sukan tempur dengan Khabib Nurmagomedov merupakan salah satu ikonnya.
Dalam sebuah rakaman yang tular di laman X (Twitter) sejak Selasa, tahap disiplin yang cukup tinggi diterapkan dalam sesi latihan atlet sukan tempur di Dagestan.
Rakaman tersebut menyaksikan ia berlaku di gimnasium milik Nurmagomedov itu sendiri dan bekas atlet sukan tempur itu jelas tidak memberikan muka kepada anak-anak buahnya yang menurunkan tahap disiplin walaupun sedikit.
BACA LAGI: Boszam nafi TRW tarik diri Liga M3, 'ex player' nasihat lebih baik bayar hutang walaupun satu sen
Here's how students in Dagestan are penalized for inappropriate hairstyles in combat sports pic.twitter.com/YD7LZBj96y
— Historic Vids (@historyinmemes) April 1, 2024
BACA LAGI: Jangan risau tewas kepada Selangor II, 'simpan kuku' dan keserasian antara petanda positif TFC
Dalam rakaman tersebut, hukuman rotan diberikan kepada mereka yang gagal mematuhi peraturan berkenaan gaya rambut mereka.
Hukuman tersebut diberikan selepas atlet didapati mengenakan gaya rambut yang berlebihan dan dianggap sebagai tidak berdisiplin oleh Nurmagomedov.
Dia kemudiannya bertindak merotan para atletnya menggunakan rotan yang cukup tebal ke bahagian punggung mereka.
Lebih mengerikan, sebelum hukuman dilaksana, Nurmagomedov tersebut mengacah dengan menghayun rotan beberapa kali sebelum ia singgah ke punggung atletnya dengan satu sebatan kuat.
Mungkin kerana inilah, atlet sukan tempur seperti Nurmagomedov begitu berjaya terutamanya di kancah UFC kerana tahap disiplin yang diterapkan.
Pada mereka, jika rambut tidak dijaga tanpa disiplin, macam mana hendak memastikan disiplin diri secara keseluruhan boleh dikawal dengan baik hingga menjadi atlet yang berjaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram