Gandingan Arif-Roy King tumpas tipis di final Spain Masters


  • Podium
  • Ahad, 31 Mac 2024

Malaysia terlepas peluang untuk memenangi gelaran beregu lelaki Spain Masters.

HASRAT untuk gandingan beregu lelaki, Arif Junaidi-Yap Roy King untuk menjulang kejuaraan di kejohanan Spain Masters berkecai apabila mereka tewas di perlawanan akhir.

Turun menentang beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Isfahani, pertarungan sengit ditampilkan oleh kedua-dua beregu dengan juara terpaksa ditentukan menerusi rubber set.

Gandingan negara dilihat lambat panas di set pertama apabila mereka ditinggalkan oleh pasangan Indonesia. Arif-Roy King berjaya yang satu ketika ketinggalan 14-17, berjaya menyamakan kedudukan menjadi 17-17.

Namun sebaik saja menyamakan kedudukan, Gutama-Isfahani terus memecut untuk memastikan set pertama milik mereka dengan 21-18 dalam masa 14 minit.

Set kedua, Arif-Roy King menampilkan permainan lebih terpuji dengan mereka bermula garang hingga berjaya meninggalkan lawan mereka jauh menuju fasa pertengahan permainan.

BACA LAGI: FAM tidak panik dakwaan surat layang — Rosmadi Ismail

431435761_1372712186755666_8486414959396986817_n

Roy King (kiri) dan Arif (kanan) terlepas peluang jadi juara di Spain Masters. — BWF

BACA LAGI: Jangan terkejut, 3 perpindahan 'underrated' boleh undang plot twist nasib kelab Liga M

Gutama-Isfahani cuba untuk mencabar hinggakan hampir untuk membawa set kedua ke peringkat deuce. Mujur bagi pasangan negara apabila mereka berjaya menamatkan permainan dengan keputusan 21-17 dalam masa 18 minit.

Memasuki set penentuan, kedua-dua pasangan meningkatkan kualiti permainan dengan mereka tidak mahu terlepas peluang meraih kejuaraan.

Pertarungan sengit dengan kedua-dua beregu saling berbalas mata menyaksikan sekali lagi ia begitu hampir ditentukan dengan penentuan deuce.

Namun sebaik saja gandingan Indonesia mempunyai mata kejuaraan, bermulalah kesilapan sendiri dilakukan oleh gandingan Malaysia hinggakan ia menghadiahkan piala buat Gutama-Isfahani.

Tewasnya Arif-Roy King sedikit anti-klimaks selepas mereka mengharungi kejohanan yang cukup baik menuju ke perlawanan akhir, terutamanya selepas gandingan itu terpaksa berehat panjang akibat mengalami kecederaan lutut beberapa bulan lepas.

Namun begitu, mereka boleh berasa bangga dengan prestasi yang dilakukan dan potensi untuk gandingan ini terus menyerlah sentiasa ada di kejohanan seterusnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram