TEKA-TEKI mengenai masa depan pemain tengah negara, Brendan Gan akhirnya terjawab apabila dia diumumkan sebagai rekrut baharu Kuala Lumpur (KL) City FC.
Dia yang sebelum ini berkali-kali dikaitkan dengan Sri Pahang FC memilih untuk kekal di Lembah Klang dan menyertai seteru kelab lamanya.
Brendan Gan dijangka akan terus menjadi nadi utama skuad Warga Kota meskipun usianya sudah mencecah 35 tahun serta kecergasannya semakin terhad.
Pengalaman serta kebolehannya untuk melakukan bantuan jaringan sudah tentu diharapkan mampu membawa finalis Piala FA 2023 itu ke tahap lebih baik.
BACA LAGI: Dah ada 2 striker import tapi ini 3 sebab Pahang masih perlu Shahrel Fikri
Setakat ini, KL City FC sudah membawa masuk beberapa nama baharu, termasuk bekas pemain Sri Pahang FC, Nick Swirad dan bekas penjaga gol negara, Hafizul Hakim.
Perancangan berkenaan pasti diharapkan mampu menambah baik prestasi pasukan yang berdepan kemelut pengurusan sehingga memberi kesan di atas padang.
Bagi Sri Pahang FC pula, mereka yang sebelum ini dikatakan sudah hampir mendapatkan Brendan Gan pasti perlu mencari alternatif lain sebelum jendela perpindahan ditutup.
Namun, sekiranya gagal berbuat demikian, mereka pasti tidak akan berdepan masalah kerana masih terdapat pelbagai pilihan di posisi tengah, termasuk Nor Azam Azih dan David Rowley. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram