NIAT pemain sayap West Ham, Mohammed Kudus meraikan gol tidak kesampaian apabila permintaannya untuk duduk di kerusi tidak diendahkan oleh salah seorang ball boy atau lebih dikenali sebagai budak milo.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Saint James Park, England itu menyaksikan West Ham terpaksa akur di tangan Newcastle selepas tewas dengan keputusan 4-3.
Dalam aksi tersebut, Mo Kudus membantu West Ham mencetak satu gol pada penghujung perlawanan babak pertama.
Menariknya aksi tersebut, Mo Kudus yang sering melakukan keraian dengan duduk di atas bangku kecil itu sempat mencuri tumpuan penyokong.
BACA LAGI: FAM tidak panik dakwaan surat layang — Rosmadi Ismail
BACA LAGI: Brendan Gan buat U-turn, kembali ke Lembah Klang?
Ia susulan selepas salah seorang budak milo tersebut enggan memberikan kerusinya kepada pemain sayap The Hammers itu.
Meskipun Mo Kudus sudah meminta agar budak milo tersebut memberi peluang kepadanya meraikan jaringan itu namun dia enggan meninggalkan tempat duduknya itu.
Tanpa melengahkan masa, rakan sepasukan Mo Kudus mengangkat pemain kelahiran Ghana itu duduk di atas papan pengiklanan dalam stadium berkenaan lalu meraikan jaringannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram