MASA depan pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan yang sudah tidak lagi bersama Selangor FC masih lagi menjadi perbualan utama ketika ini.
Baru sahaja menamatkan saingan di pentas antarabangsa dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, tumpuan kembali terarah kepada kancah bola sepak tempatan.
Ketika pemain berusia 36 tahun itu masih lagi tidak mempunyai kelab, antara pasukan berminat untuk mendapatkan khidmatnya adalah skuad yang berpangkalan di Lembah Klang," lapor Stadium Astro.
BACA LAGI: Tomi resah hilang khidmat duo menjelang aksi berdepan Selangor FC II
Brendan Gan (jersi kuning) dijangka bakal buat u-turn selepas sebelum ini dikhabarkan bakal ke Sri Pahang. — Facebook/FAM
BACA LAGI: Teruja kali pertama pindah ke Borneo, Jordan Mintah tak sabar berganding dengan ex-TFC
Susulan itu, destinasi akhir Gan bakal diketahui sekiranya membuat u-turn kembali ke Selangor atau menyertai Kuala Lumpur (KL) City FC.
Sebelum ini, teka-teki mengenai masa depan Gan terjawab selepas sumber dalaman Majoriti mendedahkan bahawa pemain tengah Harimau Malaya itu bersetuju untuk menyertai skuad Tok Gajah.
Difahamkan, pemain kebangsaan itu dikatakan menerima tawaran lumayan daripada pengurusan Sri Pahang.
Selain Sri Pahang, Gan juga pernah dikaitkan ke Sabah FC namun khabar angin tersebut dinafikan oleh pengendali Sang Badak, Datuk Ong Kim Swee.
Bagaimanapun, sehingga hari ini belum ada sebarang pengumuman yang dibuat oleh pemain kacukan Australia-Malaysia itu mengenai perpindahannya bagi musim 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram