'Tunggu esok', isu gaji staf FAM, salah guna kuasa dan KPG akan terjawab


  • Podium
  • Ahad, 31 Mac 2024

FAM sekali lagi terpalit dengan kontroversi setelah satu pendedahan dibuat individu tidak dikenali. — Facebook/FAM

MENJELANG Kongres ke-60 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Isnin, satu perbongkaran sudah dibuat individu tidak dikenali menerusi kiriman emel.

Dalam surat itu, pelbagai perkara dikupas mengenai kemelut di sebalik persatuan berkenaan, termasuk isu salah laku Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Rahman.

"Kami mendapati bahawa Azman Rahman, tidak memenuhi tugas yang telah diamanahkan kepadanya sebagai setiausaha agung. Kami juga berpendapat bahawa beliau lebih cenderung kepada aktiviti politik berbanding menjalankan tanggungjawabnya.

"Sehingga kini, dalam tempoh tiga bulan, hampir 12 pekerja FAM meletakkan jawatan dan yang paling ketara ialah lima daripadanya dari pejabat Presiden FAM. Kelima-lima staf itu merupakan staf yang telah lama berkhidmat," tulisnya.

Berdasarkan surat berkenaan, pendedahan itu dibuat seorang wakil daripada persatuan yang sudah tidak tahan dengan pelbagai kemelut dan salah guna kuasa.

Sebelum ini, FAM terpalit dengan kontroversi melibatkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang mahu menarik diri daripada jawatannya.

Khabar angin berkenaan menyaksikan ramai penyokong berasa kurang berpuas hati dengan pucuk kepimpinan yang boleh memberi kesan terhadap prestasi atas padang pasukan.

BACA LAGI: Presiden FAM pernah tak minat dengan pemain naturalisasi

1998519

Azman dikatakan terpalit dengan beberapa tuduhan dalam surat berbentuk emel berkenaan. Facebook/FAM

BACA LAGI: Nepal lancar perang psikologi, letak foto harimau berbalut ganti logo FAM

Selain itu, mereka turut mendedahkan bahawa FAM berdepan isu tunggakan gaji apabila staf dan kakitangan tidak menerima bayaran.

"Kem Pasukan Kebangsaan juga kali ini bergolak dengan pelbagai isu-isu dalaman. Selaku staf FAM, kami mendengar ada banyak masalah ketika kem Latihan, dan kami tidak akan terkejut jika Malaysia tidak layak ke Piala Asia 2027.

"Cuba bayangkan hari Latihan di FAM, kitman pun tidak ada, kitman lama tidak dibayar gaji dan beberapa staff lagi yang berkhidmat semasa Piala Asia tidak mahu kembali ke FAM kerana sikap Setiausaha Agung dan Presiden," katanya.

Situasi itu pasti akan mencoretkan lagi reputasi FAM yang semakin diberi tekanan atas prestasi tidak menentu Harimau Malaya sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, ketika dihubungi Majoriti, Noor Azman yang menjadi topik utama pendedahan berkenaan mengatakan jawapan hanya akan diberikan pihaknya selepas kongres berkenaan.

"Esok, selepas kongres kita akan keluarkan kenyataan," katanya ringkas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram