[VIDEO] Vinicius Jr menangis depan media lepas ditanya 3 soalan


  • Podium
  • Selasa, 26 Mac 2024

Vinicius gagal menahan sebak ketika mengulas isu perkauman yang pernah dihadapinya sebelum ini. — Agensi

SEJAK memulakan kariernya di Eropah, penyerang antarabangsa Brazil, Vinicius Junior sering mengalami isu perkauman daripada peminat, khususnya di La Liga.

Dia yang kini beraksi buat gergasi Sepanyol, Real Madrid sering dijadikan sasaran melihat kepada warna kulit dan kecenderungannya untuk menunjukkan emosi setiap kali dicemuh.

Insiden sebegitu pasti memberi kesan mendalam buat pemain berusia 23 tahun berkenaan sehingga dia menitiskan air mata dalam satu sidang media baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai isu rasisme, Vinicius berkata, masalah terbabit melunturkan semangatnya untuk beraksi kerana tiada tindakan tegas pernah diambil.

Bagaimanapun, dalam misi membantu Real Madrid meraih lebih banyak kejayaan, dia tekad untuk tidak meninggalkan Sepanyol dan beraksi lebih baik.

BACA LAGI: Mesin gol Serbia, 'ex-striker perform' antara 3 peledak berpotensi Sang Kenari

Vinicius gagal menahan sebak ketika bercakap mengenai isu perkauman dihadapinya.

BACA LAGI: Ibarat reunion keluarga, Kedah kumpul legenda moden buat kepak Kenari sebak

"Saya yakin Sepanyol bukanlah sebuah negara yang berfikirkan perkauman. Tetapi, ada dalam kalangan mereka yang bersikap begitu.

"Ia sukar bagi saya yang masih muda. Saya perlu beri kesedaran mengenai isu terbabit kerana ia memberi impak buruk kepada mangsanya," katanya.

Sebelum ini, Vinicius menjadi sasaran ketika aksi antara Valencia dan Real Madrid dengan penyokong lawan berbunyi seakan-akan monyet setiap kali dia memegang bola.

Bagaimanapun, pihak pengurusan La Liga tidak memberi sebarang tindakan dengan presidennya, Javier Tebas enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Vinicius memulakan kariernya di Eropah dengan menyertai skuad Los Blancos dari Flamengo pada 2018 dengan dia sudah merekodkan 170 penampilan buat kelab berkenaan.

Sepanjang tempoh tersebut, dia memainkan peranan penting dengan membantu Real Madrid menjuarai dua gelaran La Liga dan satu kejayaan Liga Juara-Juara UEFA (UEFA) pada 2022. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram