[VIDEO] Baru nak lompat rai gol, pengurus Los Indios tahan malu kaki tiba-tiba 'injured'


  • Podium
  • Sabtu, 16 Mac 2024

Tangkap layar memaparkan detik-detik pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone berdepan situasi cemas yang mana kakinya tiba-tiba terpelecok. — Agensi

GELAGAT pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone mencuri tumpuan dalam kemenangan 3-2 secara agregat berdepan Inter Nerazzurri pada pusingan kedua aksi Liga Juara-Juara UEFA pada Khamis.

Dalam aksi pusingan kedua tersebut, Madrid yang juga dikenali sebagai Los Indios itu berjaya menghasilkan dua gol menerusi jaringan Antoine Griezman dan Memphis Depay.

Namun, gelagat Simeone ketika meraikan gol kemenangan ketika itu berjaya mencuri tumpuan penyokong warga maya.

BACA LAGI: Tok Gajah hampir terduduk dengar KL City pula buru khidmat Brendan Gan

BACA LAGI: 'Mungkin tak main mana-mana liga', CEO Perlis United dedah ada penaja tarik diri

Ia selepas Simeone tidak dapat menahan kegembiraan apabila Depay mencetak gol pada penghujung perlawanan ketika terikat 1-1 dengan pasukan lawan.

Menariknya video tersebut, pengurus Madrid berdepan situasi cemas ketika mahu meraikan gol yang dicetak oleh Memphis Depay.

Dalam video tersebut, Simeone yang teruja dengan jaringan Depay itu dilihat berlari di tepi padang namun terpaksa menghentikan niatnya apabila kakinya tiba-tiba terpelecok menyebabkan dia dalam kesakitan.

Simeone yang berjalan menuju ke tempat duduknya dilihat hanya menundukkan wajahnya mungkin kerana menahan mahu atau juga kerana mengerang kesakitan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram