KUALITI dimiliki Arif Aiman Hanapi sekali lagi diiktiraf setelah dia dipilih sebagai Pemain Paling Berharga (MVP) dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2023.
Kejayaan itu menyaksikannya berjaya melengkapkan hatrik dalam kategori berkenaan setelah turut memenanginya pada 2021 dan 2022.
Bukan itu sahaja, pemain berusia 21 tahun tersebut turut mengungguli beberapa kategori lain di samping berada dalam kesebelasan utama pilihan penyokong.
Sekiranya ditanya rata-rata penyokong, Arif Aiman sememangnya layak untuk membolot hampir kesemua anugerah dipertandingkan melihat kepada prestasinya sepanjang tahun lalu.
BACA LAGI: ABK23: Arif Aiman raih hatrik gelaran MVP, JDT dominasi pelbagai kategori
Kecemerlangan Arif Aiman sepanjang tahun lalu diiktiraf dalam ABK2023. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Di samping menjadi watak penting buat Johor Darul Ta'zim (JDT), pemain sayap itu juga beberapa kali membantu Harimau Malaya dengan jaringan atau gerakannya di atas padang.
Bagaimanapun, ia tidak bermakna penyerang muda sensasi berkenaan tampil dalam kesemua perlawanan tahun lalu apabila dia pernah mengalami kecederaan.
Ini termasuk apabila Arif terlepas aksi persahabatan antara Harimau Malaya dan Hong Kong yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor tepat pada hari ini tahun lalu.
Menurut kenyataan dikeluarkan, pemain kelahiran Pahang itu disisihkan di samping seorang lagi pemain JDT, Endrick dos Santos akibat masalah kecederaan.
BACA LAGI: Faktor 'manja' Arif Aiman jadikan Faisal Halim lebih layak raih gelaran MVP ABK 2023
Akhyar (kanan) dan Faisal menjadi wira negara ketika aksi bertemu Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim. — Facebook/FAM
Ketua jurulatih, Kim Pan-gon turut menegaskan mereka terpaksa dilepaskan kerana tidak mahu meningkatkan risiko dengan saingan Liga Malaysia sedang berlangsung.
Kehilangannya bagaimanapun tidak terlalu dirasai kerana skuad kebangsaan masih berjaya merekodkan kemenangan 2-0 hasil jaringan Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Namun, ketiadaan Arif masih dirindui apabila orang ramai cukup merindui dengan kelincahan serta hantaran yang mampu dilakukannya di atas padang.
Sejak itu, MVP tiga kali berturut-turut itu semakin kerap menjadi watak utama buat Harimau Malaya, termasuk ketika mereka bersaing dalam Piala Asia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram