JDT terlepas 3 sepakan penalti, Farizal Marlias tambah kedukaan ekor Harimau Selatan


  • Podium
  • Isnin, 25 Mac 2024

Sebahagian aksi ketika skuad Harimau Selatan berdepan Muangthong United dalam saingan Piala AFC 2016. — Facebook/JDT

SEBUT sahaja Johor Darul Takzim (JDT), pastinya banyak kelab yang gerun mendengar nama pasukan tersebut.

Hari demi hari, bukan sahaja terkenal dalam negara namun JDT turut dikenali di seluruh Asia.

Ia berikutan selepas prestasi cemerlang yang sering ditampilkan oleh juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut itu pastinya tidak boleh disangkal lagi.

Meskipun tampil cemerlang dengan kehadiran barisan pemain berkualiti, JDT pernah ditundukkan dalam aksi kelayakan pusingan kedua Liga Juara-Juara AFC di Stadium Thunderdome di Nonthaburi, Thailand.

BACA LAGI: Mungkin dia adalah pemain terakhir kami — Kim Swee

JDT

Pemain JDT (kanan) cuba mengawal bola daripada dirampas pihak lawan. — Facebook/JDT

BACA LAGI: ‘Hanya stadium SSI tak berlopak, mentaliti bodoh sombong’, TMJ respons isu padang SNBJ

Lapan tahun lalu, tiga pemain Harimau Selatan gagal menyempurnakan sepakan penalti aksi berdepan Muangthong United selepas terikat 0-0 dalam masa sebenar perlawanan.

Ketika itu, bekas penyerang Harimau Selatan, Pereyra Diaz, bekas pertahanan Brazil, Marcos Antonio dan bekas kapten kelahiran Singapura, Hariss Harun gagal menewaskan penjaga gol Muangthong, Kawin Thamsatchanan.

Berbeza pula dengan wakil kelab Thailand itu, ketiga-tiga pemain pasukan tersebut iaitu Cleiton Silva, Peerapat Notchaiya dan Sarach Yooyen berjaya menyumbat masuk gol sekali gus menewaskan penjaga gol JDT ketika itu, Farizal Marlias.

Meskipun tewas ketika itu, JDT berbangga dengan pencapaian tersebut kerana Muangthong merupakan salah sebuah pasukan terbaik di Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram